Siakap Keli
Lelaki Kahwin 53 Kali
Gambar : KOKO Brides

‘Poligami Abad Ini,’ Lelaki Kahwin 53 Kali Dakwa Berkahwin Untuk Kestabilan & Ketenangan Fikiran

‘Poligami Abad Ini,’ Lelaki Kahwin 53 Kali Dakwa Berkahwin Untuk Kestabilan & Ketenangan Fikiran

ARAB SAUDI – Seorang lelaki Saudi yang mendakwa telah berkahwin sebanyak 53 kali menyatakan bahawa dia berkahwin untuk kestabilan dan ketenangan fikiran dan bukannya hanya nafsu semata-mata, lapor Gulf News.

Digelar sebagai ‘poligami abad ini’, lelaki berusia 63 tahun itu memberitahu MBC bahawa dia kini berkahwin dengan seorang wanita dan tidak merancang untuk berkahwin semula.

“Ketika berkahwin kali pertama, saya tidak bercadang untuk berkahwin lebih daripada seorang wanita kerana berasa selesa dan mempunyai anak,” katanya.

“Tetapi selepas beberapa ketika, masalah berlaku dan saya memutuskan untuk berkahwin lagi ketika berusia 23 tahun lalu dan saya memaklumkan keputusan saya itu kepada isteri saya,” tambah lelaki itu.

Kemudian, masalah berlaku antara isteri pertama dan kedua yang menyebabkan dia berkahwin untuk kali ketiga dan keempat.

Namun begitu, dia kemudian menceraikan isteri pertama, kedua dan ketiga.

Dia menyatakan perkahwinan bergandanya adalah mencari wanita yang boleh membahagiakannya dan dia cuba berlaku adil kepada semua isterinya.

“Saya berkahwin dengan 53 wanita dalam tempoh yang lama. Yang pertama ketika saya berumur 20 tahun dan dia enam tahun lebih tua daripada saya,” katanya.

Menurutnya, masa perkahwinannya yang paling singkat adalah satu malam.

“Setiap lelaki di dunia ingin mempunyai seorang wanita yang kekal bersamanya selama-lamanya. Kestabilan bukan untuk wanita muda tetapi dengan wanita tua,” tambahnya.

“Kebanyakan perkahwinan saya adalah dengan wanita Saudi.”

Selain itu, dia juga pernah berkahwin dengan wanita asing semasa lawatan perniagaannya di luar negara.

“Saya pernah tinggal di luar negara selama tiga hingga empat bulan. Jadi saya berkahwin untuk melindungi diri daripada maksiat,” katanya.

Dalam agama Islam, lelaki dibenarkan untuk berkahwin sehingga empat isteri dalam satu masa. Namun, jika lelaki tersebut tidak boleh berlaku adil terhadap semua isterinya, maka dia mesti berkahwin dengan seorang wanita sahaja.

Sumber : Gulf News

Baca: Lubuk Rahsia Nak Makan Buffet & Spa 5 Bintang Dengan Harga Bajet Di Lembah Klang

Anis Annisa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.