Siakap Keli

Terpinga Dengar Cikgu India ‘Cakkak’ Ganu Pekat, Budak Bandar “Culture Shock” Lepas Pindah Sekolah Kampung

Mungkin tak semua pernah rasa, tapi pengalaman berpindah ke sekolah baru pasti merisaukan. Berdebar rasa hati takut tak dapat sesuaikan diri. Macam mana pula layanan cikgu dan kawan-kawan di sekolah nanti? Bermacam-macam soalan bermain di fikiran. Seorang lelaki mengimbas kembali pengalamannya berpindah ke sebuah sekolah baru dek kerana mengikut ayahnya bekerja di Terengganu. Pertama kali menjejakkan kaki ke sekolah kampung itu, Ismail Kamarul menceritakan rasa debarnya tatkala bersua dengan wajah-wajah baharu.

Seperti anak-anak lain, pastinya mencabar bagi Ismail menyesuaikan diri dengan situasi yang asing baginya. Apatah lagi apabila mereka mempunyai dialek berbeza. Bila nak berkomunikasi pun sukar, inikan pula nak bergaul bersama.

Kisah itu ditulis dan diterjemahkan semula Ismail Kamarul dalam sebuah karya bertajuk ‘Syair’, sebuah filem pendek khas Merdeka MyDebit dan Duitnow yang dimuat naik baru-baru ini di laman media rasmi MyDebit. Karya daripada pengarah iklan terkenal itu mendapat sambutan menggalakkan dengan lebih 2 juta tontonan setakat ini. Beliau pernah mengarahkan lebih 30 iklan komersial dan menjadi penulis bersama bagi penulis bersama bagi salah satu filem cetera popular di Malaysia. Maka tak hairanlah rata-rata penonton tersentuh menonton filem pendek ‘Syair’ ini sekaligus mengakui mempunyai pengalaman serupa.

‘Syair’ mengisahkan seorang murid baru berbangsa Cina bernama Frankie Wong di sebuah sekolah majoriti Melayu di Terengganu. Dengan perbezaan bahasa, sudah tentu tidak mudah baginya untuk menyesuaikan diri di tempat itu. Malah, Frankie sempat dia terpinga-pinga tatkala cuba memahami perkataan guru India dan rakan-rakannya yang pekat berbahasa Terengganu.

Kehadiran Frankie disambut tiga Ismail yang bersahabat baik, Mail Derih, Mail Badok dan Mail Lepa. Bolehkah Frankie mencari kawan baharu di sekolah itu?

Kalau nak tahu kisah lanjutnya, jom tonton video di bawah.

Sebak, kan? Kisah persahabatan dan dendangan syair Frankie ini ternyata berjaya menyentuh hati ramai penonton. Terutama bagi mereka yang pernah berpindah sekolah, pasti boleh memahami apa yang dirasai anak ini.

Bagaimanapun, biarpun luarnya mereka berbeza, mereka tetap sama. Kanak-kanak yang ingin gembira dengan rakan sebaya seadanya.

Karya ini telah berjaya membawa penonton mengimbau memori masing-masing ketika masih kecil, malah ada yang tersentuh melihat semangat perpaduan dan persahabatan antara keempat-empat mereka tanpa mengira bangsa.

Inilah kecantikan Malaysia

Rindu kawan-kawan lama berlainan bangsa

Tak kurang juga, ada yang menitiskan air mata terharu

Biarpun videonya singkat, mesej yang disampaikan cukup padat. Karya ini berjaya membawa penonton mengimbau semula kenangan sewaktu kecil dahulu.

Pasti ada yang tersenyum sendiri melihat mereka bermain bersama di sekitar kampung. Berenang di sungai, berbasikal keliling desa, makan ‘jajan’ sambil melepak bawah pokok. Betul-betul mengimbau nostalgia lama.

Tapi bezanya, mereka dah tak perlu kumpul syiling macam kita dulu untuk buat semua tu. Sekarang dengan adanya kad ATM MyDebit dan DuitNow QR, senang je nak berbelanja.

Kalau korang perasan, Frankie hanya gunakan MyDebit je masa membeli jajan di kedai runcit di kampung mereka. Si ayah pun tak perlu menggunakan tunai ketika membayar mover semasa berpindah rumah serta belikan basikal buatnya. Malah, nak derma untuk sekolah pun boleh imbas kod DuitNow QR sahaja. Senang sangat.

Tak kira di mana kita berada, kampung mahupun bandar, kad ATM MyDebit dan DuitNow QR akan mudahkan hidup anda. Guna sahaja kad ATM anda untuk transaksi MyDebit atau imbas sahaja kod DuitNow QR menggunakan mana-mana mobile banking atau e-wallet anda. Semuanya semudah 1,2,3.

Amira

Love yourself.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.