Siakap Keli
Maut Diserang Kanggaru Peliharaan
Gambar: The Age

Warga Emas Maut Diserang Kanggaru Peliharaan

Warga Emas Maut Diserang Kanggaru Peliharaan

AUSTRALIA – Seorang lelaki warga emas maut selepas diserang kanggaru peliharaannya dalam kejadian di wilayah Great Southern Australia Barat.

Dilaporkan, lelaki berusia 77 tahun itu parah ketika ditemui ditemui oleh saudaranya

Kemudian, pasukan paramedik telah dihubungi untuk memberikan rawatan kepada mangsa namun mereka dihalang oleh kanggaru tersebut.

Kanggaru tersebut bertindak agresif dan menghalang mereka daripada merawat mangsa.

Polis juga dipanggil untuk membantu mengawal keadaan sebelum terpaksa membunuh kanggaru tersebut.

“Kanggaru itu menimbulkan ancaman berterusan kepada paramedik dan pegawai yang berada di lokasi dikehendaki membunuh kanggaru itu dengan senjata api,’ kata seorang jurucakap.

Menurut polis, lelaki itu dipercayai diserang oleh kanggaru itu pada pagi hari kejadian.

Tambahan lagi, kanggaru itu dipercayai adalah haiwan liar yang berumur kurang daripada 12 bulan yang telah dipelihara sebagai haiwan peliharaan mangsa.

Perkhidmatan kecemasan masih belum mengeluarkan butiran mengenai kecederaan mangsa dan laporan akan disediakan untuk siasatan lanjut.

Difahamkan, kejadian itu merupakan serangan kanggaru maut pertama di Australia dalam tempoh 86 tahun.

Sebelum ini, kejadian yang hampir sama berlaku pada tahun 1936 yang mengakibatkan seorang pemburu cedera parah di bahagian kepala dan meninggal dunia di hospital.

Menurut laporan, dia cuba menyelamatkan dua ekor anjingnya daripada bergaduh dengan seekor kanggaru di Hillston di barat NSW.

Wilayah Great Southern merupakan kawasan kanggaru kelabu yang boleh membesar kira-kira 70 kilogram dan 97 hingga 223 sentimeter dari kepala ke ekor.

Sumber : Daily Mail

Baca: Lubuk Rahsia Nak Makan Buffet & Spa 5 Bintang Dengan Harga Bajet Di Lembah Klang

Anis Annisa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.