Hancur Harapan, Lelaki Terkedu Duit Tabung RM15k Untuk Pergi Haji Musnah Dimakan Anai-Anai
Musnah harapan apabila wang yang dikumpul untuk menunaikan haji oleh seorang pengawal sekolah di SDN Lodjiwetan, Solo rosak dimakan anai-anai.
Menurut Detik.com, simpanan yang dibuat selama 2 tahun setengah itu disimpan di dalam dua tabung plastik. Dua tabung itu juga dikatakan sudah penuh dan dianggarkan mencecah puluhan juta rupiah.
Rasa curiga lelaki yang berusia 53 tahun tersebut timbul apabila dia melihat anai-anai di dalam tabung simpanannya itu.
Ternyata kandungan salah satu simpanannya itu telah dimusnahkan oleh anai-anai. Tabung itu difahamkan diisi dengan wang bermula dari RM1.50 hinggalah RM3O.
“Jumlah wang yang disimpan dalam tabung simpanan itu adalah RM15,000 dalam satu tabung. Tabung yang rosak itu juga dianggarkan berjumlah lebih kurang sama,” kata lelaki itu pada Selasa lalu.
Ketika ditanya mengapa wang simpanan itu tidak disimpan di bank, lelaki itu berkata ia lebih selamat kalau disimpan sendiri.
“Untuk jimat masa dan tenaga. Kalau saya pergi ke bank untuk simpan RM60 setiap hari, ia akan memerlukan masa dan tenaga. Saya juga perlu menjaga anak-anak di sekolah,” katanya lagi.
Lelaki itu juga memberitahu bahawa wang yang dia simpan itu adalah untuk kos pendaftaran haji.
“Saya mahu mendaftar haji. Sudah dua tahun setengah saya menabung,” kata lelaki itu dengan mata yang berkaca ketika ditemui semalam.
Setiap hari dia menyimpan sekitar RM60 untuk memenuhi impiannya agar dapat menunaikan haji bersama isteri dan dua anaknya.
Lelaki itu berharap wang simpanan untuk pendaftaran haji dapat ditukar di bank.
“Harap-harap wang itu boleh ditukar oleh Bank Indonesia, harap wang itu dapat ditukar untuk daftar haji,” kata lelaki itu lagi.
Lelaki itu telah membawa wang yang rosak itu ke Pejabat Perwakilan Solo Bank Indonesia. Beliau disambut oleh ketua BI Solo KPW, Nugroho Joko Prastowo.
BI memberi penjelasan bahawa wang yang boleh ditukar adalah wang yang masih dalam keadaan baik lebih dua pertiga daripada keadaan asal atau 68 peratus yang masih dalam keadaan baik.
Kemudian Joko meminta lelaki itu cuba menyemak nota wang yang rosak itu supaya mencapai 68 peratus. Lelaki itu sendiri sudah menyusun wang yang masih baik walaupun sudah berlubang.
“Kalau rosak teruk, cuba semak nombor siri. Kalau rosak sikit, nak semak nanti mudah,” kata Joko.
Kemudian pekerja dari BI juga akan menyemak keadaan wang itu menggunakan peralatan khas. Sebahagian daripada wang yang disemak kurang daripada 68 peratus.
Lelaki itu kemudian diminta pulang keesokan harinya dengan membawa wang yang telah dihimpunkan. Kerana pertukaran wang hanya dilakukan pada setiap hari Khamis.
Sumber: Detik.com
Baca: Lubuk Rahsia Nak Makan Buffet & Spa 5 Bintang Dengan Harga Bajet Di Lembah Klang