Siakap Keli
"Rider" Grabfood beri tip RM1K
Gambar : Mothership.sg

Makanan Sedap, “Rider” Grabfood Ini Nekad Beri Tip RM1k Kepada Restoran

Makanan Sedap, “Rider” Grabfood Ini Nekad Beri Tip RM1k Kepada Restoran

SINGAPURA – Seorang penghantar makanan Grabfood dilaporkan telah memberi tip tunai bernilai S$600 (RM1,932.72) kepada kakitangan di restoran Thai Dynasty di Yew Tee Square.

Perkara itu diketahui umum apabila restoran itu menyiarkan di laman Facebooknya mengenai tindakan lelaki tersebut.

Menerusi hantaran di laman Facebook tersebut ia menyatakan bahawa wang tersebut akhirnya dipulangkan kepada penghantar makanan yang telah menandatangani nota  sebagai Jesse apabila dia memberikan tips dari bil berharga S$100 (RM322.12).

Difahamkan bahawa penghantar makanan itu meninggalkan tips tersebut pada hari Ahad jam 10 pagi.

Wang tunai itu dilaporkan ditinggalkan bersama nota yang menyatakan bahawa kakitangan restoran tersebut telah menyajikan makanan yang enak dan memberikan perkhidmatan yang sangat baik. Wang itu sebagai tanda penghargaan.

Nota itu berbunyi:

“Saya menulis surat kepada anda semua kerana saya sangat gembira dengan makanan anda dan perkhidmatan pelanggan yang sangat mesra.

“Saya ingin mengatakan bahawa makanan anda sangat lazat dan teh Thai anda juga sedap. Seperti yang anda tahu, setiap hari saya bekerja dan melihat anda semua bekerja keras membuatkan saya berasa kasihan kepada anda semua.

“Bekerja bukan mudah, saya faham kerana saya juga bekerja. Saya bekerja sebagai penghantar makanan Grab. Kadang-kadang apabila saya selesai bekerja, saya mengalami hari yang teruk dan saya akan memesan makanan anda kerana makanan anda membuatkan saya gembira.

“Malah keluarga saya pun suka makanan anda. Oleh itu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada anda semua untuk makanan yang baik dan saya ingin membantu anda semua.

“Di sini terdapat $600 (RM1,932.72), untuk anda semua. Kongsikan sesama anda dan saya harap ini dapat membantu anda semua. Terima kasih semua sekali lagi!”

Jesse (Penunggang Grab)

Gambar : Facebook

Pada mulanya, kakitangan restoran tersebut tidak pasti akan individu yang memberikan tip dalam jumlah yang besar itu. Mereka tidak mempunyai sebarang butiran kecuali individu tersebut bernama Jesse.

Namun begitu, mereka berjaya mengenal pasti Jesse kerana dia sering datang ke restoran tersebut untuk mengambil pesanan. Kebetulan dia datang untuk mengambil pesanan pada hari yang sama.

Selepas itu, kakitangan restoran yang menerima tip itu segera mengembalikan wang tersebut kepada Jesse.

Tindakan kakitangan restoran yang memulangkan tips tersebut diketahui oleh pemilik restoran berkenaan.

Kemudian, pemilik tersebut membeli dua piza saiz besar dan lauk pauk kepada pekerjanya.

Perkara ini adalah sebagai ganjaran dan galakan untuk mereka terus menjalankan tugas dengan baik.

Sumber : Mothership.sg

Baca: Lubuk Rahsia Nak Makan Buffet & Spa 5 Bintang Dengan Harga Bajet Di Lembah Klang

Anis Annisa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.