Sadis, Remaja Gerudi Mata & Kisar Anak Monyet Hingga Mati Ditahan Polis
INDONESIA – Baru-baru ini tular sebuah video yang dimuat naik ke laman sosial menunjukkan bayi seekor monyet diseksa oleh sekumpulan remaja di Jawa Barat.
Menurut Ketua Seksyen Balai Konservasi Sumber Asli Jawa Barat (BBKSDA) Wilayah VI Tasikmalaya Tatan Rustandi menyatakan bahawa bayi monyet tersebut telah diseksa dengan kejam sehingga mati.
“Kalau di dalam video dikatakan sampai mati, maka monyet tersebut diseksa sehingga mati,” katanya.
Suspek juga menggerudi mata dan mengisar anak monyet tersebut.
Kejadian tragik itu telah dikendalikan oleh Polis Tasikmalaya dan dilaporkan suspek telah ditahan.
Asal usul anak monyet itu masih lagi dalam siasatan lanjut pihak polis.
“Pihak polis masih menyiasat perkara tersebut,” katanya semasa disoal tentang asal usul anak monyet tersebut.
Menurut laporan sebelum ini, seekor anak monyet ekor panjang (Macaca fascicularis) telah diseksa dengan kejam sehingga mati oleh sekumpulan remaja di Jawa Barat.
Ketua Seksyen Balai Konservasi Sumber Asli Jawa Barat (BBKSDA) Wilayah VI Tasikmalaya Tatan Rustandi mengesahkan maklumat itu. “Semalam Polis Tasikmalaya yang mengendalikan kes tersebut, kami hanya saksi,” kata Tatan melalui telefon, Selasa (13/9/2022).
Menurut Tatan, perbuatan mendera haiwan itu dilakukan suspek sambil merakam video.
“Kejadian (motif jelas tidak diketahui), semalam kami diminta untuk mengambil barang bukti (monyet hidup),” kata Tatan.
Sumber : Detik.com
Baca: Lubuk Rahsia Nak Makan Buffet & Spa 5 Bintang Dengan Harga Bajet Di Lembah Klang