Siakap Keli
tomato ungu
Gambar: Google

Amerika Benar Tanam & Tuai Tomato Ungu, Dihasilkan Melalui Modifikasi Genetik

Amerika Benar Tanam & Tuai Tomato Ungu, Dihasilkan Melalui Modifikasi Genetik

Selepas sedekad pakar membangun dan mengkaji tomato ungu yang telah dipertingkatkan dengan nutrisi, kini ia dilaporkan telah pun mendapat kebenaran untuk ditanam dan dituai oleh Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA). Tomato tersebut telah disunting gen untuk menghasilkan 10 kali lebih banyak antioksidan daripada varieti sedia ada. 

Imbas kembali pada tahun 2008, satu kajian telah diterbitkan menerusi jurnal Nature Biotechnology yang menjelaskan tentang sejenis tomato yang telah disunting gen untuk menghasilkan jumlah antioksidan yang tinggi disebut sebagai antosianin. 

Memetik New Atlas, antosianin secara semula boleh ditemui dalam banyak sumber makanan seperti beri biru dan kubis merah. Ia dipercaya bertanggung jawab terhadap pigmen ungu dalam makanan tersebut serta dikaitkan dengan pelbagai manfaat kesihatan termasuk mengurangkan risiko penyakit jantung dan diabetes. 

Difahamkan, sesetengah jenis tomato dengan kulit ungu semulajadi dikatakan memang mengandungi paras antosianin yang rendah. Namun, sesetengah pakar makanan mempersoalkan sama ada paras tersebut boleh ditingkatkan dengan beberapa perubahan genetik. 

Dua gen telah diambil dari tumbuhan lain (snapdragon) serta ditambah dengan genetik dari sejenis tomato ungu. Gen tersebut untuk menguatkan keupayaan tumbuhan untuk menghasilkan antosianin, menghasilkan sejenis tomato uni dengan isi berwarna ungu yang kaya dengan khasiat. 

Kajian pada tahun 2008 itu menguji kesan kesihatan yang telah dipertingkatkan antosianin pada tomato tersebut dengan menggunakan tikus yang diberikan kesan kanser. Kajian tersebut mendapati, tikus yang diberi diet tambahan dengan tomato ungu hidup 30 peratus lebih lama berbanding tikus yang diberikan diet biasa. 

Ahli biologi tumbuh-tumbuhan, Canthie Martin berkata, ini merupakan salah satu contoh awal kejuruteraan metabolik yang menawarkan potensi untuk menggalakkan kesihatan melalui diet dengan mengurangkan kesan penyakit kronik. 

“Pastinya contoh pertama organisma diubah suai secara genetik (GMO) dengan sifat yang benar-benar berpotensi untuk memberikan manfaat yang baik kepada semua pengguna,” jelasnya. 

Selepas mengambil masa yang agak lama untuk navigasi proses kawalan selia, tomato ungu yang diubah suai secara genetik kini selangkah lebih dekat dengan pasaran berikutan kelulusan yang diberikan oleh Perkhidmatan Pemeriksaan Kesihatan Haiwan dan Tumbuhan (APHIS) USDA. 

Keizinan ini bermakna tumbuhan yang telah diubah siau secara genetik tidak lagi dikawal dengan kawalan ketat yang mengehad tempat dan cara ia boleh ditanam. Kini, tumbuhan ini boleh ditanam di mana-mana sahaja di Amerika Syarikat seperti tanaman lain yang dibenarkan. 

BACA: Jadi Sniper Siap Sarung “Ghillie Suit”, Kostum Hari Kebangsaan Peringkat Sekolah Adik Ni Curi Tumpuan Netizen

Sumber: New Atlas

Faiz Mustafa