Siakap Keli
Gambar: Parade

Putera William Warisi Berbilion Harta Diraja

Putera William Warisi Berbilion Harta Diraja

Seperti diketahui umum, harta diraja tidak pernah didedahkan namun tahun lalu Forbes menganggarkan bahawa kekayaan peribadi mendiang Ratu Elizabeth II bernilai $500 juta (RM2.26 bilion).

Jumlah itu terdiri daripada koleksi seni, permata, pelaburan dan dua kediamannya, Istana Balmoral, Scotland dan Rumah Sandringham di Norfolk yang diwarisi daripada bapanya, Raja George VI.

“Wasiat diraja dirahsiakan, jadi kami tidak tahu kandungan dan nilai kerana tidak pernah didedahkan kepada umum,” lapor Laura Clancy, pensyarah media Universiti Lancaster dan pengarang buku mengenai kewangan diraja.

Namun begitu, sebahagian besar kekayaan tanah, harta dan pelaburan keluarga Diraja dianggarkan berjumlah $21 bilion (RM95.1 bilion). Harta tersebut telah dimiliki sejak berabad dan diwariskan kepada pewarisnya.

Putera William merupakan pewaris utama dalam keluarga diraja British dan mewarisi harta keluarganya.

Selain itu, beliau juga akan mewarisi harta pusaka Duchy Of Cornwall yang memiliki tanah dan hartanah bernilai sekitar $1.2 bilion (RM5.4 bilion). Tanah tersebut berukuran 140,000 ekar di barat daya England.

Difahamkan, hasil daripada ladang tersebut digunakan untuk membiayai aktiviti awam, swasta dan amal.

Sebahagian kekayaan terbesar keluarga diraja tersebut ialah Crown Estate yang bernilai $19 bilion (RM86 bilion) yang kini dimiliki oleh Raja Charles.

Namun begitu, mengikut peraturan 1760, raja akan menyerahkan semua keuntungan daripada harta pusaka kepada kerajaan sebagai balasan yang digelar Geran Berdaulat.

Hartanah tersebut meliputi tanah di London dan dasar laut sekitar England, Wales dan Ireland Utara. Ia dijaga oleh perbadanan yang diuruskan oleh Ketua Eksekutif dan pesuruhjaya yang dilantik oleh raja atau perdana menteri.

Menurut laporan kewangan tahun lalu, hartanah tersebut telah menjana keuntungan bersih $361 juta (RM1.6 bilion). Berdasarkan keuntungan tersebut, Perbendaharaan UK telah membayar Geran Berdaulat sebanyak $100juta (RM453,050,000) bersama $1.50 (RM 6.80) setiap rakyat di United Kingdom.

Wang tersebut akan digunakan untuk menyelenggara harta keluarga Diraja dan membayar kakitangan istana.

Geran Berdaulat biasanya 15% daripada keuntungan harta pusaka namun pada tahun 2017, ia telah meningkat kepada 25% untuk dekat seterusnya bagi membantu membiayai pengubahsuaian Istana Buckingham.

Gambar : Mirror

Selain itu, Raja Charles juga mewarisi Duchy of Lancaster yang bernilai $764juta (RM3.4 bilion) menurut akaun terbarunya.

Pendapatan hasil pelaburannya meliputi kos rasmi lain yang tidak termasuk dalam Geran Berdaulat dan membantu menyokong ahli Diraja yang lain.

Walaupun memiliki harta yang banyak, raja dan pewarisnya mempunyai had pembelanjaan peribadi.

Raja hanya boleh membelanjakan Geran Berdaulat untuk tugas diraja dan warisnya tidak dibenarkan mendapat manfaat daripada penjualan aset mereka.

Semua keuntungan daripada pelupusan yang dilaburkan semula kepada hartanah mesti diterbitkan oleh Institut (IFG) dan diluluskan oleh Perbendaharaan UK.

Namun begitu, menurut IFG, Geran Berdaulat yang dijana oleh Crown Estate merupakan sumber persendirian maka pendapatan perlu dilaporkan.

Pada tahun lepas, Raja Charles telah membayar $25 juta daripada aset Duchy of Cornwall.

Raja William dan Raja Charles tidak diwajibkan membayar apa-apa cukai ke atas ladang mereka namun mereka telah membayar cukai pendapatan secara suka rela sejak 1993.

Perkara tersebut dilakukan selepas keluarga Diraja dikritik kerana menggunakan wang awam untuk membaiki Istana Windsor yang rosak akibat kebakaran.

“Cukai pendapatan sukarela bukan dalam kadar yang tetap dan mereka perlu mengisytiharkan pendapatan untuk mengira cukai yang perlu dibayar,” tambah Clancy.

Namun begitu, Istana Buckingham tidak memberikan respon kepada CNN Business apabila dihubungi untuk mendapatkan komen.

Sumber : CNN Business

Baca: Lubuk Rahsia Nak Makan Buffet & Spa 5 Bintang Dengan Harga Bajet Di Lembah Klang

Anis Annisa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.