Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.0 skala Ritcher direkodkan sekali lagi berlaku di Selatan Sumatera Indonesia pada jam 11.24 malam semalam.
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia), gegaran itu berpusat pada 2.1 darjah arah Selatan dan 99.4 darjah arah Timur.
Tambah Met Malaysia, gempa yang berlaku pada jarak 105 kilometer (km) dari Tenggara Siberut itu terletak pada kedalaman 46 kilometer di dalam laut.
Bagaimanapun, tiada amaran tsunami dikeluarkan sehingga kini, lapor Met Malaysia.
https://www.facebook.com/malaysiamet/posts/pfbid06HEujU3DhckWtxqGmCvAh3ecCSVDH1MLtdjmwCafzN9h8gjNzt3SCa6zm5kGDWUnl
Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia