Pandai Cari Alasan, Budak Dakwa Alami Alahan Terhadap Bau Buku Gara-Gara Taknak Buat Kerja Sekolah
Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun tular selepas tidak mahu membuat kerja sekolah atas alasan bahawa dirinya mengalami alahan terhadap bau buku, lapor South China Morning Post.
Kanak-kanak lelaki terbabit merupakan murid darjah lima yang berasal dari wilayah Jiangsu di timur negara tembok besar China.
Berdasarkan video tersebut, dia menyatakan tidak dapat membuat kerja rumah sambil menitiskan air mata, lapor sebuah agensi berita tempatan, Xibu Juece.
Difahamkan, dia membuat kerja rumah sambil memegang tisu pada hidungnya, sebagai ‘aksi’ untuk menunjukkan bahawa dia tidak sihat.
Sementara itu, ibunya yang merakam video tersebut bertanya mengapa tidak mahu membuat kerja sekolah.
“Saya mengalami alahan kepada bau buku,” kata kanak-kanak lelaki itu.
Selepas itu ibunya turut mengajaknya untuk pergi ke hospital bagi mendapatkan rawatan tetapi dia tidak mahu.
Ibunya yang ‘naik angin’ menyuruh anaknya itu berhenti berpura-pura dan segera menyiapkan kerja rumah.
Video itu telah tular dan mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.
“Budak lelaki itu boleh menjadi pelakon pada masa akan datang,” komen seorang pengguna.
“Walaupun agak lucu, tapi saya menyokong kanak-kanak itu kerana bau kuat buku bukanlah sesuatu yang jarang berlaku sekarang,” kata seorang lagi pengguna
Sementara itu, hasil data awam menunjukkan bahawa pada 2017, pelajar Cina di sekolah rendah menghabiskan masa selama 2.82 jam secara purata sehari untuk membuat kerja rumah.
Data itu mencatatkan 3.7 kali lebih tinggi daripada Jepun dan 4.8 kali tinggi daripada pelajar di Korea Selatan.
Sumber: South China Morning Post
BACA JUGA: Lucu, Budak Menangis Tak Mahu Wajahnya Mirip Dengan Muka Ayah, Takut Tak Cantik