Siakap Keli
Gambar : Utusan

Enggan Berdepan Wakil Israel, Atlet Iran Tarik Diri Dari Kejohanan Gusti Dunia 2022

Enggan Berdepan Wakil Israel, Atlet Iran Tarik Diri Dari Kejohanan Gusti Dunia 2022

Seorang atlet sukan gusti Iran dilapor menarik diri daripada Kejohanan Gusti Dunia 2022 selepas enggan turun berentap dengan wakil dari Israel.

Amir Mohammad Yazdani, 22, sebelum ini dilaporkan sudahpun bersedia untuk berdepan dengan lawannya itu dalam pusingan kelayakkan kategori 70 kg. Bagaimanapun, dia gagal hadir ke gelanggang ketika pusingan tersebut berlangsung.

Dia memberi alasan tidak dapat menyertai perlawanan tersebut keranan memiliki berat badan berlebihan, sekaligus tidak menepati syarat kelayakkan kategori tersebut.

Namun begitu, bekas ketua jurulatih pasukan kebangsaan Iran, Sardar Pashaei berkata, tindakan itu diambil berkemungkinan kerana Iran sebelum ini diketahui tidak membenarkan atlet-atlet sukan dari negaranya bertemu dengan mana-mana atlet Israel dalam apa-apa acara sukan.

Amir sebelum ini merangkul pingat perak dalam penyertaan di kejohanan dunia tahun lepas dalam kategori sama yang dianjurkan di Oslo, Norway.

Tahun ini, kejohanan berkenaan dianjurkan di Stark Arena, di Serbia bermula 15 hingga 18 September ini.

Sumber : Utusan Malaysia, The Algemeiner

Anis Annisa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.