Angin Ribut Capai 140km/j, Taufan Fiona Badai Puerto Rico, Bekalan Elektrik Terputus Sepenuhnya
Satu ribut taufan yang dikenali sebagai Taufan Fiona telah membadai kepulauan Puerto Rico, Amerika Syarikat pada jam 3.20 petang waktu tempatan lapor BBC News.
Menurut Pusat Taufan Kebangsaan, ribut kategori satu itu membawa angin dengan kelajuan 140 kilometer per jam dan menyebabkan seluruh pulau terputus bekalan elektrik sepenuhnya.
“Hujan ini menyebabkan banjir kilat yang akan mengancam nyawa dan membawa bencana,” kata agensi berkenaan.
Hurricane Fiona made landfall at 3:20 pm in Cabo Rojo, PR (southwestern corner) with winds of 85 mph. This video is from my hometown Yauco. #HurricaneFiona @adamonzon @weatherchannel @StephanieAbrams @JenCarfagno @DeborahTiempo @webberweather pic.twitter.com/wvic0ae78Z
— Christian Barriera (@RubenMarcucci7) September 18, 2022
Jabatan Cuaca turut memberikan amaran bahawa taufan itu membawa hujan lebat dan banjir besar di wilayah Amerika Syarikat itu.
Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden telah mengisytiharkan darurat kepada pulau berkenaan dan mengarahkan pihak berkuasa melakukan misi bantuan bencana.
Ribut yang melanda itu menyaksikan beberapa pusat kesihatan yang menggunakan penjana kuasa terjejas.
Tambahan lagi, pelabuhan di pulau berkenaan turut ditutup dan penerbangan keluar dari lapangan terbang utama di Puerto Rico dibatalkan.
Menurut Luma Energy, bekalan kuasa kepada lebih 3.3 juta orang di pulau itu mungkin akan mengambil masa selama beberapa hari untuk pulih.
Beberapa kejadian sempat dirakam sewaktu ribut taufan itu melanda dengan menyaksikan sebuah jambatan dihanyutkan arus deras dan angin kuat membadai pulau itu.
🚨 BREAKING VIDEO: A bridge just got washed away as Hurricane Fiona hits Puerto Rico #PuertoRico #Fiona #HurricaneFiona #BreakingNews #BREAKING pic.twitter.com/yAIlMtCTjP
— Breaking Video News (@BreakingVideoHQ) September 18, 2022
Puente construido luego de Maria is Bye bye. Right in-front of Gramps house😢 #utuado #HurricaneFiona #PuertoRico pic.twitter.com/LoAHCUGe79
— Alexa (@aleq_san) September 18, 2022
Gabenor Puerto Rico, Pedro Pierluisi menggesa penduduk untuk mencari tempat perlindungan dengan segera. Beliau turut memaklumkan bahawa sekolah awam dan agensi kerajaan akan ditutup pada Isnin.
Hurricane Fiona has officially hit Puerto Rico and the entire island is currently without electricity, according to NPRpic.twitter.com/hxQl07CRCu
— Fifty Shades of Whey (@davenewworld_2) September 18, 2022
Four years ago after hurricane Maria, Puerto Rico's power grid was privatized despite widespread opposition. Today, as #HurricaneFiona does this to their communities, they have lost 100% of their power.
This is environmental injustice & racism. https://t.co/Z1iJYExfBX— Alexandria Villaseñor (@AlexandriaV2005) September 18, 2022
Sehingga kini, ribut taufan itu sedang bergerak menuju ke barat laut dengan hujan lebat dan banjir lumpur turut diramal berlaku di Republik Dominican. Kepulauan Turks dan Caicos berkemungkinan turut dijangka terjejas.
Terdahulu, Taufan Maria telah melanda Puerto lima tahun lalu yang mengakibatkan kemusnahan paling teruk dalam sejarah pulau itu.
Hanya 10 peratus sahaja penduduk di pulau itu yang mempunyai bekalan elektrik selepas tiga minggu taufan itu melanda.
Sumber: BBC News