Terokai kemungkinan tiada had yang mudah dan jadilah peminat #TysonKakiCrunch menerusi pilihan meluas produk ayam enak yang telah dimasak sempurna
Kuala Lumpur, 15 September 2022 – Jenama Tyson akhirnya tiba di Malaysia, membawa bersama standard global dalam produk ayam sejuk beku yang telah dimasak sempurna. Memaparkan pilihan meluas produk berkualiti kelas dunia dan sedap yang juga 100% Halal, rangkaian produk Jenama Tyson dapat disediakan dengan mudah dan pantas serta membawa kegembiraan dalam setiap hidangan.
Dengan kepakaran selama lebih 80 tahun dalam industri makanan, Jenama Tyson berhasrat untuk berkongsi pengalamannya dengan memperkenalkan sajian dan snek lazat yang dapat mempermudahkan pengalaman penyediaan hidangan di rumah kepada rakyat Malaysia, seterusnya membolehkan semua menikmati sajian kegemaran mereka pada sebarang masa.
Menggunakan teknologi signature salutan tiga kali Jenama Tyson untuk keranggupan maksimum serta kaedah perapan vakum bagi memastikan setiap gigitan lembut, berjus dan kaya dengan rasa, setiap ayam sejuk beku Jenama Tyson yang telah dimasak sempurna tentunya pilihan hidangan yang terbaik. Produk-produk Jenama Tyson juga mudah disediakan, malah tidak perlu dinyahbeku sebelum dimasak. Pengguna boleh menyediakannya terus, daripada peti sejuk beku ke penggoreng, dengan tiga langkah mudah – koyak pek, goreng ayam dan nikmati keranggupan Ayam Jenama Tyson!
Produk-produk Jenama Tyson juga boleh menjadi hidangan yang lengkap menerusi resipi-resipi ringkas dan mudah yang pastinya akan memeriahkan lagi waktu makan anda.
Bagi memastikan setiap individu dapat menikmati keenakannya, Jenama Tyson juga menawarkan pelbagai pilihan produk ayam sejuk beku seperti Ayam Goreng Klasik, Kepak Ayam Buffalo, Karaage Ayam, Hirisan Ayam Ranggup, Peha Ayam Panggang, Tender Ayam Digril dan Nuget Ayam.
“Sejak permulaan Jenama Tyson pada tahun 1935, kami mempunyai hanya satu tujuan – untuk meningkatkan jangkaan dunia tentang perubahan yang boleh dibawakan oleh hidangan yang enak. Kami memastikan setiap produk kami dihasilkan tanpa berkompromi terhadap kualiti, daripada peringkat awal sehinggalah ke keranggupan terakhir.
“Dengan pelancaran Tyson di Malaysia yang dipacu oleh prinsip kami untuk ‘menjadi global sebaik mungkin, mengikut keperluan tempatan dan gabungan jangkaan global dengan pengetahuan tempatan’, kami berusaha untuk memastikan kualiti terus terjamin bagi menyediakan anda dengan hidangan ayam yang menyelerakan dan dapat disediakan dengan mudah dan pantas untuk seisi keluarga,” kata Tan Sun, Presiden, Tyson Foods Asia Pacific (APAC).
“Benarkan kami untuk menyediakan kepuasan selera kepada anda setiap kali anda merasai ayam goreng ranggup kami serta menikmati dagingnya yang berjus dan kaya dengan rasa.
Anda tidak perlu risau. Tyson akan sentiasa bersama untuk meningkatkan hidangan di rumah dan membantu anda menikmati keseronokan dalam kehidupan,” tambah beliau.
Sejajar dengan visi Tyson untuk meningkatkan pengalaman penyediaan hidangan di rumah, Tyson akan menganjurkan satu acara menarik –
‘Tyson Kaki Crunch Fest’ di Orange Concourse, Sunway Pyramid dari 15 hingga 18 September 2022. Acara tersebut akan bermula dengan kehadiran media yang turut memaparkan penampilan eksklusif Chef Selebriti, Anis Nabilah, yang akan berinteraksi dengan penonton menerusi demonstrasi masakan bersama Harith Iskander, Zahirah Macwilson dan Azira Shafinaz.
Acara tersebut akan melibatkan aktiviti-aktiviti interaktif seperti stesen-stesen masakan secara langsung dengan Chef Tyson terlibat menyediakan pelbagai sajian ayam yang enak. Peminat juga berpeluang untuk merasai keenakan dan keranggupan ayam Jenama Tyson pada acara itu, di samping berpeluang menikmati diskaun istimewa yang disediakan bagi membolehkan mereka mencuba menyediakan hidangan Jenama Tyson di rumah.
Berikutan hari pelancaran rasmi, acara itu akan dibuka kepada orang ramai dari 16 hingga 18 September 2022. Lebih banyak aktiviti menarik disediakan termasuk pertandingan
memasak antara Chef Anis Nabilah dan Sean LJE pada 16 September; Shuib Sepahtu dan Betty Rahmad pada 17 September serta Shuib dan Zulin Aziz pada 18 September 2022 . Orang ramai turut berpeluang menjadi peminat Tyson apabila menyaksikan keranggupan sebenar Ayam Jenama Tyson secara gerakan perlahan di reruai foto #TysonKakiCrunch.
Untuk mempertingkatkan pengalaman masakan di rumah anda, dapatkan pek Ayam Tyson dengan 7 pilihan enak di pasar raya terdekat anda! Anda juga boleh mendapati produk enak Tyson melalui laman web Tyson! Untuk maklumat lanjut, ikuti Tyson di laman Instagram @tysonbrandmy dan Facebook.