Pelari pecut daerah kategori Lelaki 18, Pengiran Aidil Auf Hajam muncul juara bagi Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) dalam acara pecut 100 meter (m) sebentar tadi.
Acara yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil itu menyaksikan Aidul Auf menamatkan perlumbaan dengan catatan masa sepantas 10.57 saat (s) sekali gus menjadi pemegang pingat emas.
Klip rakaman acara pecut berkenaan turut dilapor dan dimuat naik di laman Twitter Astro Arena petang tadi, menyaksikan Aidil Auf selesa mendahului semua peserta lain.
Pengiran Aidil Raja Pecut MSSM 2022 dengan catatan 10.73 saat#Olahraga #MSSM pic.twitter.com/qmSXiQBFUx
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) September 20, 2022
Difahamkan, anak-anak kelahiran Sabah dilihat mendominasi acara pecut tersebut ekoran pingat perak turut dimenangi Jad Rizalman.
Sebelum ini pada 2006, anak kelahiran Sabah Rayzam Shah Wan Sofian turut pernah memegang gelaran raja pecut ekoran mencatat masa 10.57s.
Terdahulu dalam Sukan Malaysia (Sukma), Sabah tidak akan mempunyai wakil dalam perlawanan akhir lelaki selepas Aidil Auf terlepas kedudukan lapan terbaik.
Aidil Auf ketika itu mencatat masa 10.81s dan disahkan menduduki tempat keempat dalam saingan satu separuh akhir.
Anak Sabah yang lain, Muhammad Isyhan Thomas Edmund pula menduduki tempat keenam dalam saringan tiga separuh akhir dalam masa 10.99s.
Berita penuh menyusul.
Sumber: Astro Arena