Siakap Keli
kawasan berisiko banjir
Gambar: Bernama/JPS

Bersedia, Ini Senarai Penuh 307 Kawasan Berisiko Banjir & 52 ‘Hotspot’ Banjir Sekitar Selangor

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Selangor hari ini mengeluarkan satu senarai lengkap kawasan-kawasan berisiko banjir dan hotspot bagi fenomena air pasang besar dan angin monsun timur laut.

Menurut senarai penuh JPS Selangor tersebut, sebanyak 307 kawasan disahkan mempunyai risiko banjir, manakala 52 kawasan lagi merupakan hotspot banjir di seluruh negeri berkenaan.

Difahamkan, penentuan kawasan-kawasan itu adalah berdasarkan beberapa kriteria yang ditetapkan JPS Selangor sewaktu Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Bil 2/2022 – Menghadapi Monsun Timur Laut 2022/2023.

Bagi kawasan berisiko banjir, ia ditentukan berdasarkan sejarah kawasan tersebut yang pernah mengalami banjir dan dianggap berisiko untuk terjadinya banjir pada masa akan datang.

Berbeza dengan kawasan hotspot banjir, lokasinya ditentukan berdasarkan kekerapan banjir yang berlaku sebanyak dua atau tiga dari rekod kawasan banjir tahun 2019 hingga 2022.

Berikut senarai kawasan-kawasan yang memiliki risiko untuk menghadapi banjir dan berserta kawasan panasnya di Selangor mengikut daerah-daerah yang terdapat di negeri tersebut.

Kawasan berisiko banjir di Selangor

Kredit: JPS Negeri Selangor
Kredit: JPS Negeri Selangor
Kredit: JPS Negeri Selangor
Kredit: JPS Negeri Selangor
Kredit: JPS Negeri Selangor
Kredit: JPS Negeri Selangor
Kredit: JPS Negeri Selangor
Kredit: JPS Negeri Selangor

Kawasan hotspot banjir di Selangor

Kredit: JPS Selangor
Kredit: JPS Negeri Selangor

Bagi penduduk-penduduk di kawasan terlibat, anda diminta untuk membuat persediaan rapi seperti menyediakan peralatan untuk menghadapi saat-saat kecemasan. Sungguhpun begitu, penduduk juga diminta untuk tidak panik dan bertindak tergesa-gesa serta mematuhi arahan yang diberikan oleh pihak berkuasa.

Sumber: Jabatan Pengairan & Saliran Selangor via Agensi Pengurusan Bencana Negara 

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.