Siakap Keli
fasa peralihan monsun bermula oktober
Gambar: Bernama/Google

Fasa Peralihan Monsun Bermula Oktober, Met Malaysia Ramal Cuaca Jangka Panjang Hingga Februari 2023

Fasa Peralihan Monsun Bermula Oktober, Met Malaysia Ramal Cuaca Jangka Panjang Hingga Februari 2023

Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) memaklumkan dalam satu kenyataan bahawa telah melakukan tinjauan cuaca jangka panjang bermula dari September 2022 hingga Februari 2023.

Dalam kenyataan tersebut, Met Malaysia menjelaskan bahawa negara kini masih berada di dalam Monsun Barat Daya dan dijangka akan berterusan sehingga pertengahan September 2022

“Lazimnya, sepanjang tempoh ini, angin bertiup secara konsisten dari arah barat  daya dengan kelembapan udara yang lebih rendah dan keadaan atmosfera yang lebih stabil sekaligus mengurangkan pembentukan awan hujan.

“Oleh itu, kebanyakan tempat di seluruh negara cenderung untuk menerima bilangan hari tanpa hujan lebih tinggi berbanding bilangan hari hujan,” lapor kenyataan itu.

Walau bagaimanapun, hujan lebat berserta angin kencang dan petir disebabkan fenomena  garis badai (squall line) masih boleh berlaku di pantai barat Semenanjung dan barat Sabah pada awal pagi.

“Garis badai adalah garisan ribut petir yang terbentuk akibat penumpuan angin dan boleh berlarutan sehingga beberapa jam,” lapor Met Malaysia dalam satu kenyataan.

Tambah Met Malaysia, keadaan La Niña yang sedang berlaku ini dijangka akan berterusan sehingga Disember 2022 dengan kebarangkalian 60%.

Sementara itu, negara akan menerima Monsun Timur Laut biasanya bermula pada November dan berakhir pada bulan Mac ini. Sepanjang tempoh tersebut, negara akan menerima tiupan angin yang konsisten dari arah timur laut antara 10 hingga 20 kilometer per jam.

“Beberapa siri hujan lebat menyeluruh juga diramal akan berlaku terutamanya di negeri-negeri di pantai timur Semenanjung Malaysia dan Barat Sarawak,” maklum Met Malaysia.

Tinjauan cuaca mengikut bulan

September

fasa peralihan monsun bermula oktober
Gambar: Jabatan Meteorologi Malaysia

Kebanyakan kawasan di Semenanjung Malaysia dijangka akan menerima hujan pada paras purata di antara 100 milimeter (mm) hingga 450mm kecuali di Hulu Perak, Kelantan, dan utara Terangganu yang dijangkakan menerima taburan hujan sedikit bawah purata iaitu antara 100mm hingga 200mm.

Manakala di negeri Sarawak pula, kawasan seperti Kuching, Samarahan dan Sri Aman dijangka akan menerima hujan melebihi sedikit dari purata iaitu antara 300mm hingga 350mm

Selain itu, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan dijangka akan menerima hujan pada paras purata antara 100mm hingga 350mm.

Oktober

fasa peralihan monsun bermula oktober
Gambar: Jabatan Meteorologi Malaysia

Kebiasaannya, bulan Oktober merupakan fasa peralihan monsun. Dalam tempoh ini, keadaan cuaca yang lembab dengan kejadian hujan, ribut petir serta angin kencang lebih cenderung untuk berlaku pada lewat petang dan awal malam khususnya di negeri-negeri pantai barat, pedalaman Semenanjung, pantai barat Sabah, kawasan barat dan tengah Sarawak.

Pada Oktober 2022, kebanyakan negeri di Semenanjung dijangka akan menerima taburan hujan pada paras purata di antara 150mm hingga 350mm kecuali di Negeri Sembilan, Melaka dan Utara Johor yang dijangkakan menerima hujan sedikit bawa purata iaitu antara 100mm hingga 150mm.

Selain keadaan di Sarawak hujan dijangka pada paras purata iaitu antara 250mm hingga 350mm. Manakala di Sabah, kebanyakan tempat dijangka akan menerima taburan hujan pada paras purata di antara 100mm hingga 400mm .

Wilayah Persekutuan Labuan Dijangka akan menerima jumlah taburan hujan pada paras purata di antara 400mm hingga 500mm.

November

fasa peralihan monsun bermula oktober
Gambar: Jabatan Meteorologi Malaysia

Pada bulan ini, kebanyakan negeri di Semenanjung akan menerima hujan pada paras purata iaitu antara 100mm hingga 900mm.

Di Sarawak, sebahagian kawasan akan menerima taburan hujan pada paras purata antara 300mm hingga 400mm.  Manakala negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan dijangka menerima hujan pada purata 100mm hingga 400mm.

Disember

fasa peralihan monsun bermula oktober
Gambar: Jabatan Meteorologi Malaysia

Di Semenanjung, kebanyakan negeri diramal menerima purata taburan hujan antara 50mm hingga 850mm pada bulan Disember.

Tambah Met Malaysia, Sarawak seluruh Sarawak dijangka bakal menerima jumlah hujan pada kadar purata 350mm hingga 450mm kecuali di Kuching, Samarahan dan Sri Aman yang diramal lebih rendah purata taburan hujan iaitu antara 300mm hingga 400mm.

Selain itu, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan pula bakal dijangka menerima hujan dengan paras purata antara 150mm hingga 450mm.

Januari 2023

fasa peralihan monsun bermula oktober
Gambar: Jabatan Meteorologi Malaysia

Pada Januari 2023, sebahagian negeri di Semenanjung dijangka menerima taburan hujan pada paras purata iaitu antara 50mm hingga 400mm.

Manakala Sarawak pula ialah 300mm hingga 450 kecuali di di Kuching, Samarahan dan Sri Aman yang dijangkakan menerima hujan sedikit bawah purata iaitu antara 450mm hingga 500mm.

Selain Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan pula dijangka akan menerima taburan hujan sekitar 150mm hingga 450mm.

Februari 2023

fasa peralihan monsun bermula oktober
Gambar: Jabatan Meteorologi Malaysia

Dalam bulan Februari, Met Malaysia melaporkan bahawa kebanyakan negeri di Semenanjung dijangka akan menerima taburan hujan pada paras puratanya iaitu dari tiada hujan hingga 250mm.

“Di Sarawak, kebanyakan bahagian dijangka akan menerima jumlah hujan pada paras purata di antara 150mm hingga 400mm, kecuali di Kuching, Samarahan dan Sri Aman dijangkakan menerima hujan sedikit bawah purata iaitu antara 300mm hingga 400mm.

“Manakala negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan pula dijangka akan menerima taburan hujan sekitar 50mm hingga 350mm,” maklum Met Malaysia dalam kenyataan tersebut.

Untuk butiran lebih jelas boleh baca di sini.

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?