Siakap Keli
Wanita Hamil Maut 'Dilenyek'
Gambar: Deccan Herald

Gara-gara Pertahan Traktor Dari Disita, Wanita Hamil Maut ‘Dilenyek’ Traktor Dipandu Ejen Pengutip Hutang

Gara-gara Pertahan Traktor Dari Disita, Wanita Hamil Maut ‘Dilenyek’ Traktor Dipandu Ejen Pengutip Hutang

Seorang wanita hamil di Jharkhand, India maut dihempap traktor ketika ejen peminjaman mahu merampas semula kenderaan itu daripada bapanya, lapor Independent.

Insiden itu berlaku pada Khamis lalu ketika wanita yang berusia 22 tahun itu cuba menghalang seorang ejen pengutip hutang daripada menyita traktor bapanya, kata polis di bandar Hazaribagh di Jharkand.

Bapa wanita itu difahamkan merupakan seorang petani dan telah membuat pinjaman daripada syarikat tersebut pada 2018.

Dia dilaporkan perlu membayar semula pinjaman sebanyak 44 kali ansuran kira-kira RM 1,760 setiap kali pembayaran.

Bapa kepada wanita itu berkata bahawa dia tidak dapat membayar ansuran kepada syarikat itu dalam tempoh enam bulan terakhir akibat wabak.

“Petani itu tidak dapat membayar enam kali ansuran berikutnya, tetapi pembayaran terakhir adalah sebanyak RM 6,800.

“Sewaktu petani itu membuat pembayaran untuk menyelesaikan bayaran itu, syarikat meminta petani tersebut untuk membayar lebihan RM 570 lagi,” kata seorang pegawai polis kepada The Indian Express.

“Namun petani itu pergi tanpa membayar jumlah tersebut. Kemudian, petani itu diminta membayar sebanyak RM 5,700 pada 22 September.

“Tetapi ejen wakil syarikat itu telah pergi ke rumah petani tersebut untuk merampas traktor miliknya pada 15 September lalu,” kata polis itu lagi.

Wanita hamil yang malang itu berada di rumahnya pada hari kejadian manakala bapanya berada di ladang. Dia didakwa cuba menghalang mereka tetapi ejen yang datang itu tidak mengendahkan wanita tersebut dan meneruskan meyita traktor itu.

Kemudian wanita hamil dan bapanya itu mengikuti ejen wakil syarikat itu menggunakan basikal dan ejen syarikat itu sempat menggertak dua beranak itu.

“Sampai disatu tempat, petani dan wanita itu bersemuka dengan ejen itu dan pertengkaran berlaku, wanita tersebut telah dirempuh sebanyak dua kali oleh traktor itu dan ejen yang membawanya terus melarikan diri,” sambung pegawai polis itu lagi.

Wanita hamil itu kemudiannya dikejarkan ke hospital di Ranchi dan doktor telah mengesahkan bahawa dia telah meninggal dunia.

“Kami amat sedih dengan insiden itu. Tragedi itu telah membabitkan nyawa manusia. Kami akan menyiasat kejadian itu dari semua aspek dan juga akan menjalankan pemeriksaan terhadap amalan menggunakan agensi kutipan dari pihak ketiga, ” tulis satu kenyataan di Twitter rasmi milik Ketua Eksekutif kumpulan Mahindra Anish Shah.

“Kami akan memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa dalam penyiasatan insiden tragis ini, dan kami juga akan berdiri bersama keluarga mangsa dalam insiden ini,” sambung tulisan itu lagi.

Sumber: Independent

Baca: Lubuk Rahsia Nak Makan Buffet & Spa 5 Bintang Dengan Harga Bajet Di Lembah Klang

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.