Siakap Keli
lima lelaki termasuk pelajar sekolah ditahan
Gambar: Bernama/iStock

Lima Lelaki Termasuk Pelajar Sekolah Ditahan, Disyaki Rogol Gadis 14 Tahun

Lima Lelaki Termasuk Pelajar Sekolah Ditahan, Disyaki Rogol Gadis 14 Tahun

Dalam satu kejadian di Klang semalam, pihak polis telah bertindak menahan lima lelaki termasuk pelajar sekolah yang dipercayai merogol seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun pada bulan lalu.

Memetik laporan Kosmo, kesemua suspek ditahan sekitar jam 1 pagi di lokasi berasingan disekitar daerah dan berumur lingkungan 16 hingga 21 tahun.

Pihak polis menjalankan tangkapan itu selepas menerima laporan daripada ibu mangsa pada jam 8.52 malam, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata mangsa telah dibawa oleh rakan sekolahnya ke sebuah rumah pada 12 Ogos lalu sekitar jam 8 malam selepas hasil siasatan dilakukan.

“Mangsa kemudian didakwa dirogol abang rakannya itu bersama empat lagi lelaki yang baru dikenali.

“Keluarga mangsa yang menyedari perkara itu kemudian tampil membuat laporan polis bagi tindakan lanjut,” jelasnya sewaktu menghadiri Majlis Pelupusan Barang Kes di Balai Polis Kapar hari ini, lapor Kosmo.

Tambahnya, hasil maklumat yang diperolehi, kesemua suspek telah ditahan untuk siasatan lanjut.

“Hasil ujian air kencing ke atas mereka didapati negatif dadah, mereka kini direman selama lima hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 375 (B) Kanun Keseksaan iaitu rogol berkumpulan,” maklumnya lagi.

BACA: “Baju Diconteng, Buku Dikoyak & Dibuang, Tapi Akhirnya Aku Yang Dimarahi Guru, Siap Kena Pulau Dengan Kawan-kawan”

Sumber: Kosmo!

BACA JUGA: Polis Thailand Edar Gambar Wanita Mangsa Culik

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.