Ngeri, Kaki Penjaga Diterkam Buaya Gergasi Sewaktu Pertunjukan Depan Orang Ramai
Seorang pekerja taman hidupan liar terselamat selepas seekor buaya besar yang sedang diduduk di atasnya semasa pertunjukan menerkam kakinya di hadapan orang ramai.
Menurut Mirror, insiden itu berlaku di Taman Buaya Creek di wilayah KwaZulu Natal di Afrika Selatan.
Pengendali yang bernama Sean le Clus itu sedang membuat pertunjukan kepada penonton dan berada di dalam tempat kurungan bersama dua reptilia pemangsa tersebut sambil di tonton oleh penonton dari luar tempat kurungan itu.
Satu rakaman video menunjukkan Sean berjalan mengelilingi haiwan itu sebelum duduk di atas seekor buaya Nil yang beratnya mencecah 660 kilogram bernama Hannibal.
Sebelum berlakunya serangan, kedengaran dia berkata bahawa itu adalah satu-satunya buaya di Afrika Selatan yang boleh dia duduk di belakang badannya.
Dia kemudian menepuk buaya itu dan memberitahu orang ramai tentang “kawasan gigitan 60 cm daripada 65 cm saiz kepala Hannibal.
Buaya kedua mula mendekati kaki Sean, memaksanya untuk berdiri dan berada pada jarak yang selamat.
Namun secara tiba-tiba, Hannibal berukuran 4.8 meter itu memusingkan kepalanya yang besar dan menggigit peha kiri Sean.

Lelaki itu dapat didengari sedang menjerit kesakitan manakala seorang kanak-kanak mula kedengaran sedang menangis di penghujung klip video yang berdurasi seminit itu.
Rakaman terakhir menunjukkan keadaan Sean yang sedang berdiri sambil tangannya berada di atas lutut dan kepalanya merenung ke arah gigitan buaya itu.

Taman itu mengesahkan bahawa pengendali itu mengalami luka dari dua lubang gigi besar buaya itu serta lebam. Namun dia kembali bekerja selepas 20 minit berlalu, lapor The South African.
Walaupun ini bukan kejadian pertama seorang pengendali digigit buaya di taman itu, namun ia adalah kali pertama melibatkan haiwan bernama Hannibal yang berusia 78 tahun itu menyerang manusia.
Sumber: Mirror
Baca: Lubuk Rahsia Nak Makan Buffet & Spa 5 Bintang Dengan Harga Bajet Di Lembah Klang