Siakap Keli
7 Tempat Wajib Singgah Di Hatyai
Gambar: Yatie Sendayu Tinggi

“Kami Tapau 10 Pinggan,” Wanita Kongsi 7 Tempat Wajib Singgah Di Hatyai

“Kami Tapau 10 Pinggan,” Wanita Kongsi 7 Tempat Wajib Singgah Di Hatyai

Jika dilihat di platform media sosial, ramai orang kini sedang sibuk pergi bercuti. Antara destinasi yang paling ramai dapat dilihat adalah Thailand.

Namun begitu, rata-ratanya memilih untuk pergi bercuti ke Phuket, Bangkok, Krabi dan lain-lain lagi. Tahukah anda, tempat-tempat tersebut, Hatyai juga merupakan tempat tarikan yang patut dikunjungi untuk mencuba pelbagai makanan dan tempat membeli belah yang patut berada dalam “list” anda.

Dalam satu perkongsian Yatie Sendayu Tinggi di Facebook, dia ada memberikan ‘list’ 7 tempat-tempat yang wajib untuk dikunjungi jika melawat Hatyai. Tujuh tempat itu termasuk lokasi makanan yang menarik dan kawasan tarikan yang baru.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsiannya seperti berikut:

 Pulut Ayam Plaza Hatyai 

Kredti Yatie Sendayu Tinggi

Dekat yang Kak Yatie pose tu la. Korang beli ayam separuh atau suku terus baru juicy. Jangan ayam kecil-kecil. Share la 2-3 orang. Dan make sure makan masa panas okey. Baru mengaum.  

Udang Lee Garden

Kredit Yatie Sendayu Tinggi

Bagi Kak Yatie paling besar dan juicy selain fresh. Time malam je ada. Malam tu gigih ronda walaupun penuhnya orang. Kitorang tapau 10 pinggan ya dan makan dekat hotel.

7 Eleven

Kredit Yatie Sendayu Tinggi

Depan kem askar nak ke Songkhla. Yang tu paling besar dan baru. Macam-macam ada sampai tak sedar masuk bakul macam-macam jenis makanan. 

Kitchenwares Peng Cheng Chan

Kredit Yatie Sendayu Tinggi

Dekat Hatyai district ni memang tempat local shopping periuk besar, pinggan, sudu. Kalau korang mata lebah, jumpa macam-macam jenis deco pinggan mangkuk yang aesthetic. Kak Yatie beli lapik marble, plates dengan sudu.

Restaurant Nomjeen.na.phuket

Kredit Yatie Sendayu Tinggi

Ini port club kalau suka laksa Thai. Korang kena try yang dengan ikan makerel tu. Mix semua ikan, bihun dengan vege cicah sama sos thai. Memang mantap. Ala-ala ulam.

Dove Yard Central Festival mall

Ni korang WAJIB masuk. Semua ada dari mekap, makan, aksesori sampai rambang mata. Tak cukup sehari. Gambar takde dalam ni. Kena google sendiri la.

Greenway Night Market

Kredit Yatie Sendayu Tinggi

Ni pun best giler. Again, jangan jadi mata lalat. Nanti semua benda tak jumpa. Dekat situ ada jual makanan, kasut, beg, baju, contact lens yang lebih up to date dan besar dari Asean night market. Oh ya, korang naik tut tut je dari Asian night market ke Greenway tu pun boleh. Dekat je. Kasut makesure selesa ya.

So, apa lagi? Tak perlu nak pening-pening kepala lagi rancang nak pergi mana atau nak tanya orang bila dah sampai Hatyai nanti. Ikut sahaja tempat-tempat yang telah disenaraikan ini. Senang sikit kerja.

Sumber: Yatie Sendayu Tinggi

Baca: Lubuk Rahsia Nak Makan Buffet & Spa 5 Bintang Dengan Harga Bajet Di Lembah Klang

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.