Siakap Keli
Tiga Selamat Selepas Kereta Yang Dinaiki Terbabas Ke Dalam Gaung
Gambar: Balai Bomba Kuala Lipis

Kereta Dinaiki Terjunam Dalam Gaung, Tiga Mangsa Dilapor Selamat

Kereta Dinaiki Terjunam Dalam Gaung, Tiga Mangsa Dilapor Selamat

Lipis – Dalam nahas yang berlaku semalam, tiga orang selamat termasuk dua lelaki dan seorang wanita selepas kereta yang dinaiki mereka dilaporkan terbabas sebelum terjatuh ke dalam gaung berhampiran Dewan Orang Ramai Kampung Baharu di kilometer 4 Jalan Lipis, lapor Utusan Malaysia.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Azli Mohd. Noor berkata kereta jenis Toyota Altis difahamkan sedang menuju ke pekan Benta dari arah bandar Kuala Lipis terbabas di kiri jalan hingga terjunam ke dalam gaung pada jam 6.30 petang semalam.

Hasil pemeriksaan mendapati, struktur jalan ketika kejadian itu berselekoh dan berturap serta cuaca berkabus.

“Kemalangan ini cuma melibatkan kecederaan ringan pemandu dan dua penumpang. Mangsa dihantar ke Hospital Lipis oleh ambulans bagi mendapatkan rawatan lanjut,” maklumnya dalam satu kenyataan menerusi Utusan Malaysia.

BACA: Tiga Beranak Maut, Kereta Terbabas & Rempuh Tiang Jejambat

Dalam pada itu, kemalangan itu telah disahkan oleh Pegawai Operasi Balai Bomba Kuala Lipis, Burham Daud sejurus tiba di lokasi tersebut.

“Seramai lapan anggota bomba dan penyelamat dan dibantu dua jentera mula membuat tugasan turun ke gaung untuk menyelamatkan mangsa.

“Anggota bomba mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan penyelamat dan dibawa naik ke atas kemudiannya diserahkan kepada ambulans,” katanya menerusi Utusan Malaysia.

Sumber: Utusan Malaysia

BACA JUGA: (Video) Viral Gelagat Kucing Jadi Patung Model Baju Ketika ‘Live’, Langsung Tak Berganjak Bikin Terhibur

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?