Siakap Keli
wabak ebola rare direkodkan di uganda
Gambar via BNO News

Wabak Ebola “Rare” Direkodkan Di Uganda, Seorang Dilaporkan Maut

Wabak Ebola “Rare” Direkodkan Di Uganda, Seorang Dilaporkan Maut

Uganda dilaporkan telah mengesahkan wabak Ebola mematikan yang jarang ditemui selepas seorang lelaki diuji positif. Lelaki berusia 24 tahun dari kampung Ngabani itu dilaporkan meninggal dunia pada Isnin lalu.

Memetik BNO News, wabak tersebut mula disedari pada minggu lalu apabila beberapa orang awam dilaporkan mengalami jatuh sakit di Mubende, sebuah daerah di Uganda.

Difahamkan, sebanyak lapan kes disyaki jangkitan virus itu dan sedang dirawat di hospital. Dalam pada itu, enam kematian misteri dilaporkan tapi masih berada dalam siasatan pihak perubatan. 

Menurut pengesahan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Uganda pada Selasa, lelaki tersebut dipercayai dijangkiti virus Sudan Ebolavirus, sejenis strain yang kali terakhir menjangkiti manusia pada 2012 dan telah menyebabkan kematian 17 individu.

Selain itu, kes wabak Ebola yang baru juga melibatkan strain Zaire yang sudah biasa didengar.

Jurucakap Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Meenakshi Dalal berkata, sebanyak lapan kes yang telah disyaki kini sedang dirawat di kemudahan kesihatan tempatan.

Enam orang dilaporkan meninggal dunia baru-baru ini di daerah tersebut, namun ia masih lagi berada dalam siasatan dan masih belum diklarifikasikan sebagai kes yang disyaki berkaitan dengan wabak tersebut. 

Disamping itu, menurut Dr Matshidiso Moeti dari WHO dalam satu kenyataan berkata, ini merupakan kali pertama dalam tempoh sedekad Uganda merekodkan wabak Ebola Sudan yang agak tegang. 

“Kami sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa kesihatan negara untuk menyiasat punca wabak ini pada waktu yang sama menyokong usaha untuk melaksanakan langkah pengawalan yang cepat dan berkesan,” jelasnya, lapor BNO News. 

Menurut BNO News, terdapat tujuh wabak Ebola Sudan sebelum ini telah dilaporkan iaitu empat di Uganda dan tiga di Sudan. Wabak tersebut telah menunjukkan kadar kematian purata sebanyak 57% yang agak tinggi, namun lebih rendah berbanding dengan Zaire yang telah membunuh kira-kira 70% secara purata. 

Dalam pada itu, vaksin Erverbo dipercayai sangat berkesan dalam mengawal wabak Ebola yang dilaporkan baru-baru ini. Namun, ia hanya terbukti berkesan kepada strain Zaire. 

Kali terkakhir Uganda melaporkan wabak Ebola adalah pada 2019 dengan tiga orang telah diuji positif Ebola Zaire dan meninggal dunia.

BACA: Gadis Tionghua Hidupkan Seni Melayu, Diangkat Jadi Cikgu Zapin Di Negara China

Sumber: BNO News

Faiz Mustafa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.