Siakap Keli
Gadis Tionghua

Gadis Tionghua Hidupkan Seni Melayu, Diangkat Jadi Cikgu Zapin Di Negara China



Sebut saja tentang seni, tidak kira dalam bentuk apa ia ditonjolkan sama ada melalui lukisan, suara, lakonan mahupun tarian, dalam berkarya diakui memerlukan ‘jiwa’ agar mesej atau maksud yang hendak disampaikan dapat dirasai dan difahami.

Bukan mudah untuk selitkan ‘jiwa’ dalam sesuatu hasil seni. Proses itu pastinya akan disulami dengan cabaran yang sangat besar. Oleh itu, kita perlu menghargai penggiat seni yang bersusah payah berusaha memelihara dan memastikan seni budaya dan warisan kita tidak hanyut dibawa arus kemodenan.

Acap kali kita dengar sesuatu seni tradisi dihidupkan oleh sesuatu bangsa itu sendiri. Namun berbeza dengan seorang gadis dengan nama Yee Ting yang menzahirkan rasa cinta kepada ibunda dengan menghidupkan seni warisan tradisional Melayu. 

Biarpun berdarah Tionghua, gadis ini tidak kekok mempersembahkan tarian Zapin bersama rakannya, Syafizal. Sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang tarian di China, penari Nyala Dance Theater ini juga turut menjadi jurulatih serta pernah mempersembahkan tarian tradisi berkenaan di negara tersebut.

Walaupun tidak ramai penari sebangsanya turut serta dalam tarian tradisional Melayu, dia tetap terus berjuang atas minatnya yang mendalam terhadap seni warisan ini. Dengan adanya rakan yang boleh berkomunikasi dalam bahasa Mandarin seperti Syafizal, perjuangan itu pastinya tidak bersendirian. 

Syafizal juga merupakan penghibur dan juga jurulatih kepada kumpulan itu dan telah berkecimpung dalam dunia seni tarian tradisional sebaik sahaja tamat sekolah menengah. Syafizal melebarkan sayapnya dalam bidang ini hingga ke luar negara bukan sahaja sebagai penghibur, malah seorang jurulatih, tenaga pengajar dan pernah terlibat dalam beberapa pertandingan. 

Bakat beliau bukan sahaja menguasai tarian Zapin, tetap juga hebat dalam beberapa jenis tarian lain seperti Asli, Inang dan Joget yang pernah dipersembahkan sebagai penari dan jurulatih di Malaysia dan juga luar negara. Walau bagaimanapun, Zapin merupakan tarian kegemarannya kerana mempunyai rentak yang pelbagai mengikut daerah yang berbeza. 

Difahamkan, beliau mempelajari tarian Zapin Pekajang melalui pemerhati tradisi, Allahyarham Zainal Abidin Mohd Zafin daripada Kampung Pekajang, Johor. Beliau merupakan seorang yang sangat berani untuk mengetengahkan budaya warisan dan identiti bangsa dari terus hilang ditelan zaman. 

Terbang Tinggi Dengan Pakaian Tradisional Miniatur

Berpindah pada kisah seterusnya, Wesley Anak Juntan atau lebih dikenali sebagai Wesley Hilton berusia 35 tahun, merupakan salah seorang kru penerbangan kabin yang terkesan apabila berlakunya pandemik. Oleh kerana tidak boleh pulang ke kampung akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), beliau mula mengisi masa lapang dengan membuat anak patung dengan pakaian tradisional. 

Wesley merupakan pengumpul anak patung dan dalam masa yang sama pecinta kepada pakaian-pakaian tradisional. Begitulah bagaimana anak patung Kumang (Iban) pertamanya tercipta dan seterusnya memuat naik gambar anak patung tersebut di media sosial hingga mendapat perhatian ramai.

Kini, Wesley telah berjaya mencipta anak patung yang berpakaian tradisional Malaysia seperti Melayu, India, Cina dan Sabah. Setiap anak patung yang dihasilkan adalah dari hasil tangannya sendiri – bermula dari proses mencipta dan membentuk anak patung itu hingga menjahit pakaian tradisional tersebut. Proses ini mengambil masa lebih kurang tiga hingga tujuh hari untuk siap sepenuhnya. 

Bermula sebagai hobi, kini karya seni Wesley itu telah menjadi sebahagian daripada pendapatannya dan perniagaan dilihat semakin berkembang dari masa ke semasa. Anak patung Kumang merupakan kegemarannya yang menggayakan pakaian tradisional Iban. Walaupun mempunyai kekangan masa yang terhad, dia tetap komited dengan niat untuk memelihara budaya pakaian Borneo dan tradisional lain melalui anak patung hasil ciptaannya. 

Memperluaskan Kraf Batik Artisanal Dipersada Global

Berkongsi kisah yang sama iaitu mempertahankan seni dan budaya turun temurun, Lizza Creation pula merupakan gandingan ibu dan anak, Lizza dan Sarah dalam memelihara batik artisanal Malaysia selama lebih 28 tahun. Lizza merupakan anak didik kepada guru Batik di Malaysia iaitu Allahyarham Wan Nong Ahmad selama lebih kurang lima tahun. 

Selain mengembangkan seni Batik keluarga secara dalam talian, Lizza juga telah mempromosikan dan memasarkan seni warisan ini di peringkat antarabangsa dengan menjual Batik artisanal di United Kingdom.

Menariknya, setiap rekaan batik dilukis dengan tangan dan menggunakan seni lukisan lilin yang juga dikenali sebagai teknik mencanting.Apa yang uniknya adalah, reka bentuk yang mereka tampilkan tidak menggunakan sebarang templat dan dilukis dengan keistimewaan tersendiri pada setiap helaian fabrik yang menggunakan pelbagai inovasi warna dan motif. Ini adalah bagi memastikan rekaan batik yang dihasilkan adalah mengikut trend estetik dan pada masa yang sama mengekalkan proses batik yang asal.

Duo ibu dan anak ini sedang berdepan  cabaran dan persaingan dengan Batik cetakan digital yang dijual lebih murah di pasaran. Sebagai seorang anak, Sarah terpanggil dan rasa bertanggungjawab untuk meneruskan legasi dan warisan batik ibunya. 

Beliau berhasrat untuk memberikan pendedahan kepada orang ramai tentang kraf dan seni di sebalik setiap selendang atau pakaian yang berkualiti. Sarah juga sangat teliti perihal pengurusan mada dan sumber agar setiap helaian Batik artisanal yang dihasilkan berkualiti tinggi.

Akhir kata, sebagai pemilik mutlak warisan bangsa, siapa lagi kalau bukan kita sebagai anak Malaysia yang akan terus mempertahankan dan menjaga warisan ini demi generasi yang akan datang.

Kesungguhan mereka berjuang menghidupkan seni warisan ini wajar dijadikan inspirasi dan contoh dalam merancang serta melindungi diri kita dan keluarga demi hidup yang sejahtera pada masa akan datang. 

Kisah mereka ini dianggap sebagai ‘hero’ yang mempertahankan warisan merupakan cerminan kepada komitmen AIA dalam memberi perlindungan kesihatan dan ‘kekayaan’ hidup yang menjanjikan masa depan lebih terjamin. Perjalanan mereka yang menyerlahkan kepentingan dalam mempertahankan warisan bangsa agar terus bergema sejajar dengan tiga tonggak AIA dalam ekosistem Total Wealth Solution,  “Plan Well, Protect Well, Live Well.”

Tanpa pelan perlindungan yang baik, pasti keluarga kita dirundung duka jika berlaku sesuatu di luar jangkaan. Oleh itu, penting untuk kita merancang perjalanan dan masa depan dengan perlindungan yang akan menjamin kualiti kehidupan kita dan keluarga. Ambil perlindungan AIA untuk kehidupan yang lebih terjamin dan sejahtera sepertimana janji mereka. 

Dalam pada itu, anda juga boleh lihat dan dengar kisah perjalanan ketiga-tiga perjuangan dari pejuang seni warisan ini di Instagram rasmi AIA Malaysia dan juga melayari laman web AIA Malaysia untuk dapatkan sebarang maklumat lanjut.


Faiz Mustafa