Siakap Keli
Ditikam 4 Kali Oleh Suami Sendiri
Sumber : Detik.com

Wanita Maut Ditemui Berlumuran Darah, Ditikam 4 Kali Oleh Suami Sendiri

Wanita Maut Ditemui Berlumuran Darah, Ditikam 4 Kali Oleh Suami Sendiri

INDONESIA- Seorang wanita ditemui maut dipercayai dibunuh oleh suaminya di rumahnya di Malang, lapor Detik.com.

Difahamkan, mangsa yang berumur 22 tahun itu ditemui meninggal dunia di rumahnya di Kampung Tanahbaya, Daerah Randudongkal.

Menurut seorang penduduk bernama Somani, dia telah menerima laporan mengenai pertengkaran antara suspek dan mangsa melalui penduduk lain.

Namun apabila dia hendak masuk ke dalam rumah mereka, keadaan bertukar menjadi sunyi dan pintu dikunci dari dalam.

“Saya terus ke Balai Desa dan Balai Polis untuk melaporkan tentang kejadian tersebut. Apabila sampai di lokasi, pintu rumah sudah terbuka dan mangsa telah berlumuran darah di dalam biliknya,” katanya.

Ketika itu, suami mangsa yang berusia 23 tahun ditemui sedang bersembunyi di dalam tandas.

Pihak polis segera ke lokasi kejadian dan memindahkan mayat mangsa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

Dilaporkan, mayat mangsa berada di Hospital Mardhatillah, Randudongkal.

Ketua Polis Randudongkal, AKP Trino Wirnarno mengesahkan bahawa mangsa maut akibat keganasan.

Selain itu, kejadian ini bermula dengan pertengkaran antara mangsa dan suspek.

“Suspek yang marah pergi ke arah dapur dan mengambil pisau dapur. Kemudian, dia menolak mangsa hingga jatuh dan menikam mangsa sebanyak empat kali di bahagian leher”.

“Mangsa telah menjerit meminta tolong,” ulasnya semasa di lokasi kejadian.

Sementara itu, polis menjumpai beberapa barang bukti seperti gunting dan pisau di lokasi kejadian.

Sumber : Detik.com

Anis Annisa