Siakap Keli
Gambar: FAM

Harimau Malaya Berjaya Ke Final Piala Raja Thai, Benam Thailand Menerusi Sepakan Penalti 

Harimau Malaya Berjaya Ke Final Piala Raja Thai, Benam Thailand Menerusi Sepakan Penalti 

Perlawanan Piala Raja Thai yang ke-48 ini mempertemukan Skuad Harimau Malaya menentang skuad dari Thailand. Perlawanan telah berlangsung di Stadium 700th Anniversary of Chiang Mai, Thailand.

Skuad kebangsaan Harimau Malaya yang dibimbing oleh ketua jurulatih Kim Pan Gon dari Korea Selatan berjaya mara ke final sebentar tadi.

Gol pertama skuad Harimau Malaya berjaya disumbangkan oleh Corbin Ong pada minit ke-32 separuh masa pertama hasil hantaran daripada Safawi Rashid.

Namun begitu, skuad Thailand berjaya menyamakan kedudukan 1-1 pada saat akhir perlawanan separuh masa kedua. Malaysia menang dalam penentuan penalti dengan keputusan 5-3.

Dalam penentuan penalti, penjaga gol Malaysia yang beraksi cemerlang sepanjang perlawanan berjaya merencatkan kemaraan pasukan tuan rumah ke pentas final selepas berjaya menepis keluar sepakan penalti pemain Thailand.

Sebagai info, Malaysia pernah menjulang piala ini sebanyak empat kali iaitu pada tahun 1972, 1976,1977 dan 1978.

Tahniah Harimau Malaya!

Sumber: Football Association of Malaysia

Baca: “Rugi Ni Bang,” Penuh Satu Troli, Tiba-tiba “Cashier” Mydin Kata Tak Baloi Bayar Macam Ni

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.