Siakap Keli
onerepublic
Kredit: Livenation/IG

OneRepublic Datang Malaysia Tahun Depan, Beraksi Dalam ‘Live In Concert’ Di KL

OneRepublic akan mengadakan konsert jelajah ‘Live In Concert’ di Asia pada tahun depan dan tarikh ‘beraksi’ di Malaysia sudah diumumkan iaitu pada 1 Mac 2023.

Sebuah kumpulan pop rock dari US, OneRepublic dilapor akan membuat persembahan di tujuh bandar berbeza semasa konsert jelajah Asia termasuklah Singapura, Kuala Lumpur, Bangkok, Taipei dan Tokyo bermula dari Februari sehingga Mac tahun depan. Sesi jelajah Asia bagi kumpulan ini akan bermula di Araneta Coliseum berdekatan Manila, Filipina pada 23 Februari 2023.

Merujuk pada artikel NME, OneRepublic dijadualkan akan melangsungkan Live In Concert di Malaysia adalah pada 1 Mac 2023, bertempat di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (Kuala Lumpur Convention Centre).

Sehubungan itu, tempahan tiket bagi konsert di Malaysia yang dijadualkan akan berlangsung pada 1 Mac 2023 nanti akan dibuka menerusi laman web LiveNation pada 29 September ini, pukul 10 malam. Harga tiket bermula dari RM388 untuk kategori berdiri.

Bagi kelab peminat, sesi tempahan akan diadakan pada 27 September manakala bagi ahli LiveNation pula, sesi tempahan akan berlangsung pada keesokan harinya iaitu, 28 Sepetmber. Keterangan mengenai tarikh konsert jelajah Asia bagi lokasi lain masih belum diumumkan.

Sumber: InstaStory
Kredit: Youtube

Berikut merupakan tarikh konsert jelajah OneRepublic ‘Live In Concert’ 2023 nanti:

23 Februari  – Araneta Coliseum, Manila, Filipina
25 Februari – Woke Up Festival, Jakarta, Indonesia
28 Februari – The Star Theatre, Singapore
1 Mac – Kuala Lumpur Convention Centre, Kuala Lumpur, Malaysia
3 Mac – Impact Arena, Bangkok, Thailand
5 Mac – Taipei Arena, Taiwan
7 Mac – Garden Theatre, Tokyo, Japan

Sesi jelajah ‘Live In Concert’ ini bermula 8 Julai dengan melibatkan 40 bandar di US. Kumpulan tersebut sedang dalam perancangan untuk menyambung sesi konsert jelajah mereka pada Oktober untuk benua Eropah, yang melibatkan beberapa negara seperti Itali, Jerman dan Switzerland. Kumpulan ini juga dikhabarkan akan bergerak ke Australia dan New Zealand pada Mac depan.

Salah satu lagu single OneRepublic terkini, I Ain’t Worried yang dihasillkan pada Mei lalu, telah menjadi lagu OST bagi filem hit Top Gun: Maverick. Ia merupakan lagu kedua yang dihasilkan oleh OneRepublic pada tahun ini, selepas lagu yang berjudul West Coast pada Februari lalu.

Sumber: NME

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma