Siakap Keli
derita budak 7 tahun dipercayai dipukul
Gambar Hiasan: Medical Daily

Sering Pakai Jaket Ke Sekolah, Derita Budak 7 Tahun Dipercayai Dipukul Bapa Kandung Terbongkar

Sering Pakai Jaket Ke Sekolah, Derita Budak 7 Tahun Dipercayai Dipukul Bapa Kandung Terbongkar

Sungai Petani – Seorang bapa ditahan pihak polis selepas dipercayai memukul anak kandungnya dengan menggunakan batang penyapu, rotan dan senduk plastik.

Memetik laporan Astro Awani, mangsa yang sering memakai jaket sewaktu ke sekolah membuatkan guru kelas murid tahun satu itu curiga sebelum perbuatan bapa terbongkar.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan, seorang individu yang enggan dikenali telah memaklumkan mengenai kejadian itu setelah menghubungi pihaknya pada petang Rabu.

Menurutnya, terdapat kesan lebam baharu dan lama pada bahagian kepala, leher serta bahagian terhadap badan mangsa selepas pemeriksaan dijalankan.

“Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani dan doktor mengesahkan terdapat kesan penderaan terhadap mangsa.

“Mangsa kini ditempatkan di wad hospital dan dalam pemantauan,” jelasnya dalam kenyataan hari ini menerusi Astro Awani.

Tambahnya lagi, hasil siasatan juga mendapati bahawa mangsa tinggal  bersama bapa dan ibu tirinya sejak setahun lalu.

Kanak-kanak terbabit baru bersekolah di sebuah sekolah di Jalan Pekan Lama dan merupakan anak tunggal, maklum Zaidy.

“Polis telah menahan bapa kandung mangsa dan siasatan membawa kepada pengakuan telah memukul mangsa sejak dua bulan yang lalu kerana mangsa tidak mendengar kata dan hyperactive,” katanya.

Bagi membantu siasatan, suspek telah direman selama enam hari bermula hari ini. Kes itu disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001, lapor Astro Awani.

Sumber: Astro Awani

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?