Siakap Keli

“Teater Muzikal Upin & Ipin – Pin Pin Pom!” Gegarkan Dunia Pementasan Teater Awal September Lalu

KUALA LUMPUR, 2hb SEPTEMBER 2022 “Teater Muzikal Upin & Ipin – Pin Pin Pom!” , mengegarkan dunia  pementasan teater pada 3 & 4 September ini di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.  Teater muzikal terbaharu ini menampilkan lakonan dan aksi maskot Upin, Ipin serta kawan-kawan  dalam pengembaraan dunia penuh magik, “Pin Pin Pom!”. Teater ini akan menggunakan teknologi  terkini seperti teknik kesan khas, efek pencahayaan serta penggunaan LED skrin bagi memberikan  impak luar biasa kepada pementasan tersebut. 

Pementasan “Teater Muzikal Upin & Ipin – Pin Pin Pom!” ini berdurasi lebih 1 jam dan ianya padat  dengan aksi mendebarkan serta mencuit hati dengan lagu-lagu muzikal yang pasti membuatkan  penonton terhibur dan turut menyanyi bersama-sama. Lagu-lagu yang bakal dipersembahkan adalah  dari lagu-lagu popular Upin & Ipin seperti “Gembira Bermain” dan beberapa lagu-lagu baru seperti lagu  “Upin & Ipin Berani” dan “Pin Pin Pom!”. Teater ini juga akan menampilkan beberapa watak baru yang  pertama kali dimunculkan di pementasan teater seperti watak Pahlawan Magik Upin Ipin dan Nenek  Kebayan. 

Teater ini dihasilkan oleh Les’ Copaque Production dan diuruskan bersama oleh syarikat Star Fotress  Sdn Bhd serta diarahkan oleh pengarah teater Siti Rohaya Atan. “Teater Muzikal Upin & Ipin – Pin Pin  Pom!” ini akan dipentaskan di Dewan Plenary , Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 3 & 4 September  2022 dengan waktu persembahan pada 11pagi, 3 petang dan 8.15malam. 

Bersempena dengan cuti sekolah yang bakal bermula, pihak Les’ Copaque berbesar hati menawarkan  harga promosi untuk Teater Muzikal Upin & Ipin Pin Pin Pom! iaitu potongan harga tiket sehingga 50% .  Untuk mendapatkan promosi ini, layari laman web Trip. Com dan tiket masih boleh dibeli sehingga  pada hari persembahan. 

Jualan tiket promosi: 

Laman web: https://Trip.com (https://my.trip.com/w/UpinIpin-2022) 

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa