Siakap Keli
Kredit New York Post

Belanja Lebih RM 700k, Lelaki Akhirnya Temui Tandas Paling Teruk Di Dunia Selepas Menjelajah 91 Negara

Belanja Lebih RM 700k, Lelaki Akhirnya Temui Tandas Paling Teruk Di Dunia Selepas Menjelajah 91 Negara

Seorang lelaki telah menjelajah ke 91 negara dan 75,000 batu dalam usaha untuk mencari tandas awam yang paling teruk di dunia.

Grahama Askey, 58, ataupun dikenali sebagai ‘raja porselin’ oleh rakan-rakanya dilaporkan berjaya menemui sebuah tandas yang tidak masuk akal ketika berada di Tajikistan. Dia menyifatkan tandas itu bukan untuk orang yang lemah hati.

Tandas setinggi lima kaki itu seakan seperti gerai kayu, namun yang paling mengejutkan adalah ia dikelilingi oleh longgokan najis yang kering dibawah cahaya matahari.

Kredit Graham Askey

Selain itu, pengguna tandas berkenaan juga perlu berwaspada ketika menyeberang jalan kerana terdapat kewujudan ular berbisa di kawasan itu. Askey juga mendedahkan bahawa dia mendapati tikus-tikus turut bersarang di celah-celah batu berhampiran tandas tersebut.

Untuk membersihkan diri selepas melepaskan hajat, penduduk tempatan dilapor menggunakan kain tenunan sebagai ganti kepada tisu. Askey memaklumkan tandas itu hanya digunakan jika keadaan benar-benar terdesak sahaja.

“Setelah menggunakan beberapa kemudahan tandas paling kotor yang terdapat di dunia ini, tandas di Tajikistan adalah yang paling teruk dan ianya adalah seperti ‘lubang neraka’.

“Tisu tandas tiada disediakan. Ia dibina dengan sangat mudah dan hanya menggunakan kain sebagai fungsi penghadang. Nampaknya penduduk tempatan menggunakannya sebaik mungkin,” katanya lagi.

Menghabiskan sekitar RM 773,000 untuk pengembaraan tersebut, Askey mengumpulkan pengalamanya menggunakan tandas terburuk di dunia dalam buku terbaharunya berjudul Toilets of The Wild Frontier.

BACA: Filem Mat Kilau Muncul Top 5 Carta Netflix Israel Pada 22 September

Sumber: New York Post

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka