Siakap Keli
Kredit Kompas.com

Salah Parkir Bawah Kabel, Pemandu Lori & Kelindan Maut, Dipercayai Terkena Renjatan Elektrik

Salah Parkir Bawah Kabel, Pemandu Lori & Kelindan Maut, Dipercayai Terkena Renjatan Elektrik

Seorang pemandu lori dan kelindannya maut dipercayai terkena renjatan elektrik voltan sederhana selepas memakir jentera itu di Dusun Barisan Sidikalang 1, Serdang Bedagai di Medan.

Kejadian itu telah disahkan oleh Humas Polres Tebing Tinggi, AKP Agus Arianto yang menceritakan kejadian itu terjadi sekitar pukul 6.30 petang WIB. Mangsa merupakan warga di desa itu.

Jelasnya, kedua-dua mangsa ditermui mati di tempat kejadian oleh penduduk yang ternampak lori yang membawa muatan padi itu sedang parkir di tepi jalan berhampiran Jambatan Dusun Barisan Sidikalang 1.

Mereka menghubungi syarikat penyedia bekalan eletrik dan meminta bekalan kuasa di kawasan itu dhentikan sementara selepas curiga melihat keadaan kedua-dua mangsa yang tidak bergerak di dalam lori.

“Mereka berhenti dan meletak kenderaan itu disitu untuk membetulkan muatan padi. Mereka tidak menyedari terdapat kabel voltan sederhana milik PLN betul-betul di atas lori itu. Kedua-duanya didakwa terkena renjatan elektrik dan mati di tempat kejadian,” kata Agus.

Kedua-dua mangsa hanya dapat dipindahkan kira-kira jam 8.30 malam WIB selepas bekalan elektrik di kampung itu dimatikan.

Mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Bhayangkara Tebing Tinggi untuk bedah siasat. Tiada maklumat berkenaan kecederaan yang ditemui pada mayat tersebut dikongsikan.

Berdasarkan gambar yang dikongsikan Agus, dapat dilihat juga wayar elekrik hanya beberapa sentimeter sahaja jarak dengan lori itu.

BACA: Isabella, Inspirasi Dari Kisah Benar Perkenalan Bob Lokman Dengan Gadis Berdarah Campuran Inggeris

Sumber: Kompas.com

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.