Siakap Keli
bekas timbalan polis ditahan aset
Gambar: Bangkok Post via Chiangrai Times

Bekas Timbalan Ketua Polis Disiasat, Miliki Aset Luar Biasa RM16 Juta

Mahkamah Jenayah bagi Rasuah Thailand merampas aset seorang bekas timbalan ketua polis berpangkat Asisten Komisioner Wilayah 8 yang bernilai RM16 juta kerana didakwa terlibat aktiviti rasuah, lapor The Thaiger.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Kebangsaan (NAAC) mendapati tertuduh memiliki aset bernilai lebih daripada kemampuannya dan didapati bersalah pada 10 Ogos.

Menerusi sidang akhbar Thai, Setiausaha Agung NAAC, Niwatchai Kasemmongkol memaklumkan bahawa tertuduh memiliki kekayaan yang luar biasa untuk kedudukannya.

Beliau berkata pihaknya mempunyai bukti yang cukup untuk menuduhnya mengumpul kekayaan luar biasa semasa berkhidmat sebagai timbalan ketua polis berpangkat asisten komisioner.

“Laporan penyiasat forensik dihantar ke Pejabat Peguam Negara. Pejabat Peguam Negara Thailand kemudiannya membawa kes itu ke Mahkamah Jenayah Thailand kerana rasuah dan salah laku.

“Mahkamah Jenayah bagi kes rasuah dan salah laku Wilayah 8 mendapati tertuduh bersalah seperti yang didakwa pada 10 Ogos 2022,” katanya dalam sidang akhbar tersebut.

Tertuduh, isteri dan anak perempuannya diarah menyerahkan dokumen pembelian dan pemilikan berhubung kekayaan mereka kira-kira RM16 juta tersebut kepada Kementerian Kewangan.

Isteri dan anak perempuan turut memiliki aset

Difahamkan, tertuduh memiliki tanah dan sebuah rumah di kampung Moo 7, di Prachuap Khiri Khan di selatan Thailand, akaun simpanan polis Chumphon dan perkongsian bersama koperasi simpanan polis Chumphon bernilai RM200,000.

Dalam pada itu, isteri tertuduh diletakkan nama pemilik bagi sebuah rumah di kampung Moo 7, 10 kawasan tanah di daerah Hua Hin, dua kawasan tanah dan bangunan komersial di Tambon Thap Thai untuk diri masing-masing.

Selain itu, terdapat juga sebuah kondominium di Viva Condo di daerah Khong San Bangkok serta dua akaun simpanan bersama polis Chumphon dibawah nama isteri tertuduh.

Sementara itu, anak perempuan tertuduh turut dipercayai memiliki aset iaitu sebuah kondominium di daerah Chatuchak, Bangkok dan sebuah kereta jenis Mazda 2.

Sumber: The Thaiger

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana