Detik-Detik Rumah Musnah & Hanyut Dalam Laut, Dihentam Ombak Kuat Ketika Taufan Fiona Di Kanada
Taufan Fiona yang melanda Nova Scotia di Kanada itu telah mengakibatkan pelbagai kemusnahan kepada penduduk di kawasan itu termasuk kediaman yang dihanyutkan ke dalam laut, lapor CNN News.
Difahamkan, pasca ribut taufan itu telah membuatkan kebanyakan rumah di kawasan tepi pantai runtuh serta dihanyutkan ke dalam laut.
Berdasarkan satu klip video yang berdurasi 48 saat yang dikongsikan oleh CNN, iaย menyaksikan keadaan di sekitar bandar pantai Channel-Port aux Basques, di Newfoundland dan Labrador sewaktu Fiona membadai.
Dalam video berkenaan, angin kencang telah menghasilkan ombak laut yang bergelora di sekitar kawasan itu. Tambahan lagi, banyak serpihan kayu dan kediaman musnah yang dihanyutkan ke dalam air.
'This is a state of emergency': Houses in Canada dragged out to sea by Fiona. pic.twitter.com/a3HOo9l0Ln
— CNN (@CNN) September 25, 2022
Menurut Ketua Pengarang Wreckhouse Press, Renรฉ Roy, 50, dia tidak dapat menggambarkan keadaan sewaktu ribut itu melanda yang menyebabkan kemusnahan harta benda termasuk bot yang dibawa oleh air banjir hingga ke kawasan taman permainan.
“Saya telah menghadapi Taufan Juan dan menjangkakan itu merupakan taufan yang paling teruk namun saya salah. Ia tiada apa-apa berbanding taufan ini,” katanya.
Jelas Roy kepada CNN, dia telah berpindah ke kawasan yang lebih tinggi bersama sepupunya. Sehingga kini, dia tidak mengetahui sama ada rumahnya masih kukuh berdiri ataupun tidak.

Sementara itu, Jabatan Taufan Kanada memaklumkan pada Sabtu bahawa ombak besar yang berlaku di kawasan pantai timur Nova Scotia dan barat daya Newfoundland menyebabkan banjir yang teruk.
Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau berkata pada petang Sabtu bahawa kerajaan sedang menilai kerosakan akibat ribut itu dan mengerahkan anggota bersenjata untuk membantu penduduk yang terjejas.
Sebelum ini, pihak berkuasa wilayah berkenaan telah mengisytiharkan darurat bagi bandar itu.
Unbelievable video of storm surge from Superstorm #Fiona in Newfoundland, Canada.
Shows you the extreme power and danger of storm surge at the coast. pic.twitter.com/uyvwAXaTKA
— Colin McCarthy (@US_Stormwatch) September 24, 2022
Storm #Fiona has ripped into eastern #Canada with hurricane-force winds, forcing evacuations, uprooting trees and powerlines. #HurricaneFiona #nlwx #Storm pic.twitter.com/6ZARQEVmlo
— Our World (@MeetOurWorld) September 25, 2022
๐จ๐ฆ ..waves crashing into the coast and cars pushing through flooded streets of Channel-Port Aux Basques as powerful storm Fiona slams into eastern Canada. pic.twitter.com/WdgeSEaWSD
— ๐๐ฐ๐ถ๐ด ๐ฐ๐ถ๐ฐ๐ธ๐ฝ๐๐ ๐๐ท๐ด ๐ ๐ฐ๐ฒ๐ฒ๐ธ๐ฝ๐ด (@72powpow) September 25, 2022
Sumber: CNN News
BACA JUGA: Jepun Siap Sedia Dibadai Taufan Nanmadol, Diletak Kategori โSangat Berbahayaโ