Siakap Keli
Malaysia Tewas Penalti Gagal Bawa Pulang Piala Raja Thai
Gambar: Football Association of Malaysia

Malaysia Tewas Penalti, Gagal Bawa Pulang Piala Raja Thai

Malaysia Tewas Penalti, Gagal Bawa Pulang Piala Raja Thai

Pasukan bola sepak negara, Harimau Malaya tunduk kepada skuad Tajikistan menerusi sepakan penalti 0-3 dalam perlawanan akhir Piala Raja Thai edisi ke-48 yang berlangsung di Stadium 700th Anniversary of Chiang Mai, Thailand sebentar tadi.

Skuad Tajikistan yang berada pada ranking ke-109 dunia itu nyata berada pada kelas tersendiri apabila mudah mengatasi cabaran pasukan negara.

Dalam babak pertama, perlawanan tampak seimbang apabila kedua-dua pasukan saling berbalas serangan ke kubu lawan termasuk pasukan negara.

Hujan yang turun di stadium berkenaan nyata sedikit merencatkan gaya permainan dengan Mohamadou Sumareh menerima layanan kad kuning dan mencetuskan perbalahan.

Masuk separuh masa kedua, pasukan Tajikistan meningkatkan intensiti permainan dengan serangan bertali arus ke arah gawang gol Malaysia dan berjaya menemui jaringan hasil kesilapan Brendan Gan pada minit ke-84 namun dibatalkan akibat offside.

Malaysia yang dapat menyerap segala asakan pihak lawan mengheret perlawanan menuju ke penentuan sepakan penalti selepas 90 minit perlawanan. Tuah nyata tidak memihak Malaysia apabila tewas menerusi sepakan penalti dengan skor 0-3.

Keputusan itu membuatkan Malaysia terus kemarau gelaran juara Piala Raja Thai pada tahun ini selepas kali terakhir merangkul kejuaraan itu sejak 44 tahun lalu.

Terdahulu, skuad bola sepak negara pernah menjuarai piala ini sebanyak empat kali pada edisi 1972, 1976, 1977 dan 1978.

Sumber: Football Association Of Malaysia

BACA: “Baju Diconteng, Buku Dikoyak & Dibuang, Tapi Akhirnya Aku Yang Dimarahi Guru, Siap Kena Pulau Dengan Kawan-kawan”

BACA JUGA: Harimau Malaya Berjaya Ke Final Piala Raja Thai, Benam Thailand Menerusi Sepakan Penalti 

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.