Siakap Keli

Dituduh Bahaya, Klubna Laleh ‘Bongkar’ Dokumen Sulit Produk Sejak 5 Tahun Lalu

Ada Yang Pertikai Bahaya Klubna Laleh ‘Bongkar’ Sendiri Dokumen Sulit Produk Sejak 5 Tahun Lalu

Jika anda buka media sosial hari ini, tidaklah sesukar mana untuk anda bertemu dengan pelbagai iklan produk kesihatan dan kosmetik. Baik di Facebook, Twitter, Instagram mahupun TikTok, ramai sahaja yang menjadikan platform-platform berkenaan sebagai tempat untuk mempromosikan produk kesihatan dan suplemen masing-masing. Ada kalanya, jenama produk yang dijual kedengaran terlalu aneh dan tidak pernah ditemui dimana-mana.

Kerana sifat media sosial itu yang terbuka, maka tak hairanlah ada juga individu-individu yang mengambil kesempatan untuk ‘menyalin’ produk-produk orang lain yang sah, kemudian menjualnya sebagai produk tiruan. Yang tidak kenanya, bila timbul isu yang berpunca daripada produk tiruan ini, yang kena tempiasnya tentulah produk original.

Pelbagai dugaan nak pertahan nama & jenama

Dah jadi fitnah pula, hingga boleh menjatuhkan perniagaan sah yang dibina bertahun-tahun. Yela, kalau produk tiruan itu didakwa berbahaya kepada kesihatan pengguna, sudah tentu produk original juga terpalit sama.

Situasi yang sama turut dihadapi oleh Klubna Laleh, produk kesihatan terkenal yang sememangnya diakui mempunyai manfaat yang besar kepada para penggunanya. Akibat penipuan dan ciplak, produk membantu melangsingkan badan ini berdepan dengan pelbagai cabaran dan dugaan untuk mempertahankan nama baik dan reputasinya.

Bertegas mahukan kebenaran dan tidak mahu pengguna terus tertipu dengan produk tiruan, dan pada masa yang sama mahu memberikan keadilan kepada Klubna Laleh, kami berjaya mendapatkan beberapa dokumen sulit melibatkan produk tersebut yang boleh meyakinkan pengguna-pengguna.

Semua dokumen sahih Klubna Laleh ada

Di sini, kami kongsikan dengan anda semua sijil dan lesen daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.

Selain itu, produk ini juga mempunyai Sijil Halal yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Malaysia (JAKIM).

Tiada kandungan berbahaya sibutramin

Lebih daripada itu, Klubna Laleh juga diuji di dalam makmal. Ujian yang makmal yang dibuat memang sangat penting kerana ia jawapan kukuh untuk membuktikan bahawa Klubna Laleh adalah produk yang selamat.

Menerusi sampel produk yang dihantar untuk diuji di makmal milik SIRIM, agensi tersebut mengesahkan bahawa TIADA sibutramin dikesan dalam produk Klubna Laleh.

Keputusan ujian produk Klubna

Keputusan ujian produk Laleh

Jadi, memang gerenti Klubna Laleh ini tidak bahaya dan selamat untuk digunakan, orang ramai boleh terus mengamalkannya mengikut sukatan yang disarankan tanpa ragu-ragu.

Okay, jadi apa sebenarnya produk kesihatan Klubna Laleh ini, sampai ada pihak yang tak bertanggungjawab sanggup meniru dan menjual produk tiruan demi meraih untung dengan menipu pengguna?

Banyak manfaat kalau amal Klubna Laleh

Klubna Laleh adalah produk kopi untuk membantu melangsingkan badan yang berkesan membantu orang ramai yang berniat mahu menurunkan berat badan. Antara kebaikkan produk Klubna (Green Coffee Beras Perang) adalah:

  • Menahan selera makan.
  • Membekal tenaga sepanjang hari.
  • Mengenyangkan sepanjang hari.
  • Membakar lemak dari dalam badan.
  • Membuang lebihan air dalam badan.
  • Melancarkan pembuangan air kecil.
  • Melancarkan pengaliran darah.
  • Melambatkan proses penuaan.
  • Meningkatkan daya tahan tubuh.
  • Membantu kesihatan kulit, mata dan otak.
  • Membantu merawat masalah kencing tidak lawas.
  • Membantu menurunkan tekanan darah tinggi.
  • Membantu masalah period tidak teratur.

Manakala, jika anda mengamalkan Laleh (Fibre) pula, ini adalah manfaat-manfaatnya:

  • Mengatasi masalah sembelit.
  • Mengawal paras gula dalam darah.
  • Menguruskan badan.
  • Mengurangkan kolestrol.
  • Mencegah sindrom iritasi usus.
  • Mengurangkan rasa letih dan mengantuk.
  • Memberi rasa selesa di perut.

Justeru, di atas adalah manfaat-manfaat yang ditawarkan jika anda mengamalkan produk Klubna Laleh yang original. Memang berbaloi sangat-sangat, jadi anda perlu selalu berhati-hati ketika membuat pembelian, pastikan produk yang dibeli sahih dan asli okay.

“Berani kerana benar, takut kerana salah’’, itulah yang dapat digambarkan dengan perjuangan Klubna Laleh. Tidak tunduk dengan tohmahan yang timbul akibat lambakan produk tiruan dalam pasaran, Klubna Laleh tampil berani mendedahkan semua dokumen yang sepatutnya sulit, semata-mata untuk meyakinkan semua pelanggannya.

Diharapkan dengan pendedahan yang dibuat dan kesungguhan Klubna Laleh untuk membantu para pelanggannya, orang ramai tidak lagi ragu-ragu untuk menggunakan produk ini di masa akan datang.

BACA: Lori Didakwa Tersangkut, Pemandu Lori Maut Dipercayai Ditimpa Papan Tanda

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.