Siakap Keli
air pasang besar
Gambar: Bernama

Air Pasang Besar: Orang Ramai Dinasihati Elak Pantai Sekitar Kuala Langat

SHAH ALAM, 26 Sept (Bernama) — Orang ramai dinasihatkan untuk mengelak berada di kawasan pantai sekitar daerah Kuala Langat berikutan fenomena air pasang besar dijangka melanda kawasan itu selama tiga hari bermula esok.

Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL), menerusi hantarannya di Facebook hari ini, memaklumkan kawasan Pantai Morib, Pantai Morib Baru, Pantai Kelanang, Pantai Batu Laut, Pantai Cunang dan Jeti Tanjung Sepat akan ditutup kepada orang awam sehingga Khamis ini.

“Sebarang aktiviti seperti mandi, berkhemah, berkelah, memancing, menaiki bot serta berniaga tidak akan dibenarkan di kawasan berkenaan,” menurut hantaran itu.

Orang ramai boleh menghubungi Skuad Pantas MPKL menerusi talian 012-3004256 untuk sebarang pertanyaan lanjut dan aduan berhubung fenomena tersebut.

Sumber: BERNAMA

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?