Siakap Keli
imej satelit dedah kemunculan pulau baharu
Gambar: Planet Labs Handout Via AFP/ Lauren Dauphin/NASA Earth Observatory

Imej Satelit Dedah Kemunculan Pulau Baharu Di Lautan Pasifik, Terbentuk Lepas Gunung Berapi Bawah Laut Meletus

Imej Satelit Dedah Kemunculan Pulau Baharu Di Lautan Pasifik, Terbentuk Lepas Gunung Berapi Bawah Laut Meletus

Sebuah pulau baharu dilapor muncul di barat daya Lautan Pasifik selepas gunung berapi bawah laut meletus pada 10 September lalu, lapor CNN World.

Menurut National Aeronautics and Space Administration (NASA), gunung berapi yang terletak di kepulauan Tonga Tengah itu telah memuntahkan lava, wap dan abu.

Selepas gunung berapi itu meletup 11 jam kemudian, sebuah pulau baharu dilaporkan telah muncul di permukaan air melalui imej yang diambil oleh satelit, maklum NASA.

Gambar: Lauren Dauphin/NASA Earth Observatory

Difahamkan, pulau baru yang terletak di atas gunung laut Home Reef di Kepulauan Tonga Tengah itu semakin membesar.

Pada 14 September lalu, penyelidik dari Tonga Geological Services menganggarkan pulau itu hanya meliputi 4,000 meter persegi sahaja.

Bagaimanapun, pulau itu semakin membesar dengan mempunyai keluasan yang meliputi 24,000 meter persegi pada 20 September.

“Pulau yang tercipta hasil gunung berapi bawah air biasanya mempunyai jangka hayat yang pendek namun ia juga mampu bertahan selama bertahun-tahun atau bahkan beberapa dekad,” jelas NASA.

imej satelit dedah kemunculan pulau baharu
Gambar: Planet Labs Handout Via AFP

Terdahulu, Gunung Berapi Home Reef masih aktif meletus hingga Jumaat sejak kali pertama meletus pada 10 September lalu, maklum Perkhidmatan Geologi Tonga melalui Facebook.

Bagaimanapun, letusan itu hanya menimbulkan risiko yang rendah kepada penerbangan dan aktiviti penduduk Vava’u dan Ha’apai iaitu dua puak kumpulan di pulau Tonga Tengah.

“Tiada sebarang abu dilihat sepanjang tempoh 24 jam lalu. Kapal laut yang melalui kawasan itu dinasihatkan untuk belayar melebihi 4 kilometer dari jarak gunung berapi sehingga diberitahu kelak,” kata agensi tersebut.

Sumber: CNN World

BACA: “Baju Diconteng, Buku Dikoyak & Dibuang, Tapi Akhirnya Aku Yang Dimarahi Guru, Siap Kena Pulau Dengan Kawan-kawan”

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.