Siakap Keli
Saintis Temui Koronavirus Baharu 'Kalis' Terhadap Vaksin Semasa
Gambar: Getty Images Via Time

Saintis Temui Virus Covid Baharu Dalam Kelawar, Dipercayai ‘Kalis’ Terhadap Vaksin Sedia Ada

Saintis Temui Virus Covid Baharu Dalam Kelawar, Dipercayai ‘Kalis’ Terhadap Vaksin Sedia Ada

Saintis mendakwa bahawa telah menemui koronavirus baharu dalam kelawar yang kalis terhadap vaksin sedia ada, lapor Time.

Difahamkan, virus tersebut mampu menjangkiti sel manusia walaupun telah mendapat perlindungan imun daripada vaksin COVID-19.

Menurut Penolong Profesor di Paul Allen School of Public Health di Washington State University, Michael Letko dalam jurnal PLoS Pathogens, virus Khosta-2 yang ditemui itu sama seperti yang ditemui di Rusia pada tahun 2020, SARS-CoV-2.

Hasil penelitian di makmal, Letko bersama pasukannya mendapati virus itu mampu memberikan ancaman baru kepada manusia.

“Cara virus menjangkiti manusia ialah melalui reseptor sel. Jika ia tidak dapat masuk melalui cara itu, manusia sukar untuk dijangkiti sebarang penyakit,” katanya.

Tambah Letko, dia menggabungkan serum antibodi orang yang telah divaksin dan menunjukkan ia tidak mampu meneutralkan virus itu. Perkara itu membimbangkan apabila ujian sama dilakukan ke atas serum orang pulih dari jangkitan Omicron juga memaparkan hasil yang sama.

“Ia merupakan virus yang tahan kepada vaksin sepenuhnya, namun kami tidak mahu menakutkan orang ramai. Kami bimbang virus ini akan menjangkiti reseptor manusia kerana tiada vaksin yang dapat bertindak balas buat masa kini,” katanya lagi.

Memetik laporan Mirror, walaupun kajian menunjukkan ia tidak memberikan sebarang kesan yang serius pada manusia, namun virus itu boleh berevolusi menjadi sesuatu yang lebih berbahaya.

Sehingga kini, Letko sedang berusaha membuat penyelidikan dan memahami virus tersebut terhadap jangkitan sel reseptor manusia agar pada masa hadapan manusia tidak perlu bergelut apabila virus baharu muncul.

“Kami mencatatkan data virus tersebut dalam pangkalan data. Sewaktu wabak berterusan berlaku pada masa akan datang, kita tidak perlu untuk berhempas pulas apabila virus baharu merebak ke dalam manusia,” katanya.

Sehingga kini, statistik WHO mendedahkan bahawa satu perempat daripada orang di seluruh dunia masih belum menerima vaksinasi COVID-19.

Sumber: Mirror, Time

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?