Siakap Keli
lelaki terkejut terserempak buaya

Sangka Biawak, Lelaki Terkejut Terserempak Buaya ‘Melenggang’ Atas Jalan

Sangka Biawak, Lelaki Terkejut Terserempak Buaya ‘Melenggang’ Atas Jalan

Seekor buaya telah dikesan menyeberangi jalan sewaktu hujan lebat di daerah Bang Kaew, wilayah Chachoengsao di timur Thailand pada minggu lalu.

Memetik laporan The Thaiger, seorang lelaki yang sedang memandu kereta pada awalnya menyangkakan bahawa ia adalah biawak namun mendapati bahawa  haiwan berkenaan sebenarnya merupakan seekor buaya.

Berdasarkan satu klip video yang tular di media sosial, ia memaparkan reptilia sepanjang dua meter itu berjalan di atas jalan raya sebelum menuju ke dalam kolam berdekatan.

Bagaimanapun, ia telah berjaya ditangkap oleh pasukan penyelamat.

Penampakan buaya bukanlah kali pertama dilaporkan di daerah itu. Difahamkan, terdapat sebuah ladang buaya terletak di sekitar kawasan berkenaan.

Perkara itu membimbangkan penduduk tempatan dan mereka menggesa agar penternak haiwan terbabit meningkatkan langkah keselamatan bagi mengelakkan reptilia itu terlepas ke kawasan masyarakat.

Tambahan pula, negara itu kini sedang berdepan dengan ribut Tropika Noru pada minggu ini yang menyaksikan banyak haiwan itu berlegar-legar sewaktu hujan dan banjir.

Terdahulu, seekor buaya telah dilaporkan muncul di tengah-tengah bandar Bangkok pada Ogos lalu.

Manakala seorang lelaki berusia 42 tahun di di Khon Kaen menjelaskan kepada media bahawa dia telah menembak seekor buaya yang muncul di rumahnya yang dipercayai terlepas dari ladang buaya akibat ditenggelami air.

https://www.facebook.com/watch/?v=643929307152683

Sumber: The Thaiger

BACA: “Baju Diconteng, Buku Dikoyak & Dibuang, Tapi Akhirnya Aku Yang Dimarahi Guru, Siap Kena Pulau Dengan Kawan-kawan”

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.