Bapa Durjana, Lelaki Tergamak Perkosa Anak Kandung Kurang Upaya Hingga Hamil Lima Bulan
Seorang ayah di Tulang Bawang, Indonesia tergamak memperkosa anak kandungnya sendiri yang kurang upaya sehingga hamil lima bulan, lapor suara.com.
Suspek yang berusia 39 tahun itu dilaporkan telah menyerahkan dirinya di balai polis Banjar Agung, Tulang Bawang dengan ditemani oleh keluarganya.
“Pelaku menyerahkan diri minggu lalu pada 25 September jam 1.30 WIB,” kata Ketua Polis Daerah Banjar Agung, AKP M Taufiq.
Taufiq juga berkata, perbuatan keji suspek itu telah dilaporkan oleh bapa saudara mangsa yang berusia 44 tahun, dari Daerah Banjar Margo pada Jumaat lalu. Laporan itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Banjar Agung.
Ketua polis menjelaskan, menurut keterangan dari bapa saudara mangsa, suspek yang merupakan bapa kandung mangsa melakukan perbuatan terkutuk itu terhadap mangsa yang berusia 13 tahun bermula pada Mac lalu.
Perbuatan keji itu dilaporkan dilakukan di rumah suspek itu sendiri. Setiap kali suspek melakukan perbuatan itu, dia telah mengugut mangsa yang kurang upaya sejak lahir untuk tidak memberitahu orang lain. Itu menyebabkan mangsa ketakutan dan tidak berani melawan.
“Perbuatan itu dilakukan kepada anak kandungnya dari awal kejadian hingga kini, tidak terhitung dan kesannya kini mangsa sedang hamil lima bulan,” kata AKP Taufiq.
Tambahnya, ketika keluarganya menyerahkan suspek ke Ibu Pejabat Polis Banjar Agung, suspek berada dalam keadaan sihat fizikal dan mental.
Suspek telah mengakui semua perbuatannya dan dia juga bersedia untuk dihukum oleh undang-undang atas kesalahannya itu.
Suspek kini dilaporkan ditahan di balai polis Banjar Agung dan tertakluk kepada Perkara 81 perenggan 3 Akta Pelindungan Kanak-Kanak.
Atas perbuatannya itu, dia bakal berhadapan dengan hukuman penjara minimum 6 tahun dan maksimum 20 tahun.
Sumber: Suara.com
Baca: “Rugi Ni Bang,” Penuh Satu Troli, Tiba-tiba “Cashier” Mydin Kata Tak Baloi Bayar Macam Ni