Siakap Keli
Jet Pejuang Singapura "Esscort" Pesawat Singapore Airlines
Gambar: Google, Mindef Singapore

Cemas, Jet Pejuang Singapura Dikerah “Esscort” Pesawat Singapore Airlines Lepas Penumpang Buat Ancaman Bom

Cemas, Jet Pejuang Singapura Dikerah “Esscort” Pesawat Singapore Airlines Lepas Penumpang Buat Ancaman Bom

Dua jet pejuang tentera udara dilapor iringi pesawat Singapore Airlines dalam perjalanan dari San Francisco ke Lapangan Terbang Changi selepas seorang penumpang membuat ancaman bom palsu.

“Awal hari ini, dua daripada F16C/D kami telah diaktifkan untuk mengiringi penerbangan Singapore Airlines yang berlepas dari San Francisco ke Singapura. Ini kerana disyaki menerima ancaman bom di dalam pesawat itu,” kata Tentera Udara Singapura hari ini.

“Jet pejuang kami mengiringi pesawat itu sehingga mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Changi dan tentera juga telah dikerahkan serta-merta,” menurut pegawai Kementerian Pertahanan yang mendapati ancaman bom itu adalah palsu.

Katanya lagi, pasukan dari Kumpulan Kimia, Biologi, Radiologi dan Letupan serta Polis Bahagian Lapangan terbang juga berada di lokasi bagi mengesahkan dakwaan itu.

Siasatan awal menunjukkan seorang lelaki berusia 37 tahun mendakwa terdapat bom di dalam begnya dan telah menyerahkannya kepada anak kapal.

“Siasatan polis kini sedang dijalankan. Penerbangan yang mengambil masa 16 jam 25 minit itu akhirnya selamat mendarat di Lapangan Terbang Changi kira-kira 5.50 pagi hari Rabu tanpa sebarang kelewatan, lapor berita CNA.

Syarikat penerbangan itu telah mengeluarkan kenyataan bahawa seorang penumpang telah ditahan dan kemudian diserahkan kepada polis di lapangan terbang semasa ketibaan.

“Keselamatan pelanggan dan kakitangan kami sentiasa menjadi keutamaan kami. Semua penumpang dan anak kapal telah sampai dengan selamat seperti biasa pada 9.20 pagi. Kami akan beri kerjasama dalam siasatan ini dan kami kesal tidak memberikan butiran lanjut,” kata Singapore Airlines.

Singapore Airlines merupakan syarikat penerbangan nasional negara itu dan sering dianggap sebagai salah satu syarikat penerbangan paling selamat di dunia.

Namun begitu beberapa insiden yang serupa kerap terjadi beberapa tahun kebelakangan ini.

Pada 2019, seorang wanita dan anaknya yang dalam perjalanan dari Mumbai ke Singapura di tahan untuk membantu siasatan berikutan amaran ancaman bom.

Setahun sebelum itu, seorang penumpang lelaki yang menaiki syarikat penerbangan tambang murah itu membuat komen bahawa dia mempunyai bom di dalam begnya, yang menyebabkan pesawat itu membuat pusingan U. Pesawat pejuang juga terlibat dalam mengiringinya kembali.

Sumber:CNN

Baca: “Rugi Ni Bang,” Penuh Satu Troli, Tiba-tiba “Cashier” Mydin Kata Tak Baloi Bayar Macam Ni

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka