Siakap Keli
Remaja Perempuan Bunuh Kekasih
Kredit Astro Awani

Dakwa Kena Paksa Lakukan Hubungan Seks, Remaja Perempuan Bunuh Kekasih Berdepan Hukuman Mati

Dakwa Kena Paksa Lakukan Hubungan Seks, Remaja Perempuan Bunuh Kekasih Berdepan Hukuman Mati

Atas pertuduhan membunuh teman lelakinya pada minggu lalu, seorang remaja perempuan berusia 19 tahun telah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru hari ini, lapor Astro Awani.

Bagaimanapun, sewaktu pertuduhan dibacakan di hadapan majsitret R. Salini, remaja perempuan itu hanya mengangguk faham dan tiada pengakuan direkodkan.

Berdasarkan kertas pertuduhan, remaja perempuan itu didakwa telah membunuh dengan niat sehingga menyebabkan kematian teman lelakinya yang berusia 29 tahun pada 20 September lalu.

Difahamkan, suspek bertindak sedemikian kerana mangsa telah memaksanya untuk melakukan hubungan seks tanpa kerelaannya.

Kesalahan yang didakwa itu dilaporkan dilakukan di sebuah bilik hotel di Taman Mount Austin pada 20 September lalu.

Pendakwaan kes itu dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nur Aina Syakira Mohammad Syafiq Sim, dan tertuduh pula tidak diwakili oleh peguam.

Sebutan semula kes bagi serahan laporan bedah siasat dan kimia akan dilakukan oleh mahkamah pada 6 Disember depan.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan jika didapati bersalah, tertuduh bakal berhadapan dengan hukuman mati.

Sumber: Astro Awani 

Baca: “Rugi Ni Bang,” Penuh Satu Troli, Tiba-tiba “Cashier” Mydin Kata Tak Baloi Bayar Macam Ni

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.