Nyaris Terjatuh, Budak Perempuan Tergantung Pada Pemegang Eskalator Berjaya Diselamatkan
Seorang budak perempuan berjaya diselamatkan oleh orang awam selepas nyaris terjatuh apabila ‘tergantung’ pada pemegang eskalator di sebuah pasar raya di Shanghai, China.
Memetik South Morning China Post, kejadian itu disedari selepas seorang kanak-kanak lelaki bersamanya meminta pertolongan daripada orang awam yang berada berdekatan tangga elektronik itu.

Berdasarkan video berkenaan, pada awalnya kanak-kanak itu memegang eskalator itu sebelum ‘dibawa’ naik ke atas dan tersekat di antara cermin kaca.
Dia kemudiannya diselamatkan oleh dua orang lelaki yang cuba menariknya keluar dari ruang di antara cermin penghadang dan tangga berkenaan.

Menurut Newsflare, sewaktu kejadian, kanak-kanak terbabit tidak berada bersama ibu bapanya.
Bagaimanapun, kanak-kanak itu tidak mengalami sebarang kecederaan serius dalam kejadian tersebut.
BACA JUGA: Lelaki Tergamak Bunuh Ayah Sendiri, Akui Dah Bosan Terpaksa Jaga Ayah Terlantar Sakit Strok
Sumber: South China Morning Post, Newsflare