Siakap Keli
lelaki bunuh ayah sendiri
Gambar via Detik.com

Lelaki Tergamak Bunuh Ayah Sendiri, Akui Dah Bosan Terpaksa Jaga Ayah Terlantar Sakit Strok

Lelaki Tergamak Bunuh Ayah Sendiri, Akui Dah Bosan Terpaksa Jaga Ayah Terlantar Sakit Strok

Seorang lelaki di Kabupaten Ngawi, Jawa Timur, Indonesia dilaporkan tergamak membunuh ayah kandungnya sendiri yang sedang terlantar menderita penyakit strok gara-gara bosan perlu menjaganya, lapor Detik.com.

Mayat mangsa yang berlumuran darah dilaporkan ditemui di kediaman merekan di Desa Gayam pada Jumaat, 16 September 2022 (waktu tempatan).

Suspek dikatakan sempat melarikan diri dari tempat kejadian sebelum pihak polis berjaya menahannya. 

Difahamkan, suspek merupakan seorang penganggur dan selama ini hanya ditugaskan menjaga ayahnya yang sakit di rumah.

Dia juga mengaku meminta wang daripada ayahnya atas alasan ingin merantau mencari pekerjaan namun tidak diberikan. 

Pegawai Polis Ngawi, Hendry Ferdinand Kennedy berkata suspek nekad bertindak sedemikian kerana bosan perlu menjaga bapanya dan ingin merantau.

“Daripada keterangan beberapa saksi, suspek kes tersebut memang lebih terarah kepada anak mangsa. Dari pengakuan suspek, dia menyatakan bahawa sudah bosan perlu menjaga orang sakit dan ingin merantau,” ujarnya.

Difahamkan, suspek merupakan seorang penganggur dan selama ini hanya ditugaskan menjaga ayahnya yang sakit di rumah. Dia juga mengaku meminta wang kepada ayahnya atas alasan ingin merantau mencari pekerjaan namun tidak diberikan. 

BACA: Lepas 20 Tahun Baru Rasa “Effect”, Doktor Tak Sengaja Tinggal Kain Kasa Dalam Perut Pesakit

Sumber: Detik.com

Baca: Lubuk Rahsia Nak Makan Buffet & Spa 5 Bintang Dengan Harga Bajet Di Lembah Klang

Faiz Mustafa