Siakap Keli
Kain Kasa Dalam Perut Tertinggal Selepas 20 Tahun
Gambar via New York Post

Lepas 20 Tahun Baru Rasa “Effect”, Doktor Tak Sengaja Tinggal Kain Kasa Dalam Perut Pesakit

Lepas 20 Tahun Baru Rasa “Effect”, Doktor Tak Sengaja Tinggal Kain Kasa Dalam Perut Pesakit

Segumpal kain kasa berjaya dikeluarkan dalam perut seorang pesakit selepas ia secara tidak sengaja ditinggalkan semasa operasi pembedahan kanser pada 20 tahun lalu, lapor New York Post.

Satu kajian yang memperincikan kes tersebut telah diterbitkan pada Julai lalu menerusi Jurnal Perubatan Cureus.

Dilaporkan bahawa, pesakit kekal tanpa gejala selama 20 tahun walaupun terdapat kehadiran benda asing agak besar dalam rongga perutnya.

Sebelum kejadian ‘ngeri’ tersebut berlaku, pesakit yang berusia 65 tahun itu menghidap sejenis kanser yang jarang terjadi iaitu adenokarsinoma mukosa gastrik.

Pesakit dilaporkan telah menjalani beberapa prosedur perubatan pada tahun 1999 untuk membasmi penyakit itu.

Dia juga dilaporkan menghidapi gastrectomy dan epiploectomy sebelum menjalani kemoterapi. 

Akhirnya, dia telah disahkan bebas dari kanser, namun pakar bedah secara tidak sengaja telah meninggalkan sesuatu dalam badan pesakit tersebut semasa proses pembedahan.

Walau bagaimanapun, pesakit tersebut tidak menyedari hal berkenaan tanpa sebarang komplikasi kesihatan.

Selepas 20 tahun berlalu, dia dilaporkan mengalami sakit perut yang teruk diikuti demam, berpeluh pada waktu malam dan bengkak pada bahagian perut kanannya.

Selain itu, dia juga mengalami anoreksia yang menyebabkan dia kehilangan 8kg dari berat badannya. Bimbang dengan simptom-simptom secara tiba-tiba itu, pesakit segera ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Di hospital, pegawai perubatan telah melakukan prosedur imbasan ultrasound (x-ray) dan mendapati terdapat satu gumpalan besar kain kasa di dalam perutnya.

Doktor percaya bahawa ia telah ditinggalkan di dalam perutnya semasa proses pembedahan lebih dua dekad yang lalu.

Dalam pada itu, menurut New York Post, kain tersebut telah berjaya dikeluarkan tanpa sebarang komplikasi lain dan halangan.

Gambar yang disertakan menunjukkan kain yang telah berjaya dikeluarkan kelihatan berkerak dan berubah warna kecoklatan seakan-akan pembalut mumia purba.

BACA: Budak 7 Tahun Maut, Dada Tertusuk Serpihan Meja Kaca

Sumber: New York Post

Baca: Lubuk Rahsia Nak Makan Buffet & Spa 5 Bintang Dengan Harga Bajet Di Lembah Klang

Faiz Mustafa