Siakap Keli
Gambar : Thaiger

Staf Kedai Terkejut, Pelanggan Bawa Duit Syiling RM12K Beli Motor Secara “Cash”

Staf Kedai Terkejut, Pelanggan Bawa Duit Syiling RM12K Beli Motor Secara “Cash”

THAILAND – Seorang pekerja di sebuah kedai motosikal di Chon Buri terkejut apabila mengetahui pelanggannya serius ingin membeli sebuah motosikal Honda PCX baharu dengan menggunakan duit syiling.

Dilaporkan, motosikal tersebut dibeli dengan harga 102,500 baht (RM12,487.88) di sebuah kedai motosikal di wilayah Chon Buri, timur Thailand.

Kebanyakan orang di Thailand mempunyai timbunan wang yang mereka tidak tahu apa yang perlu dilakukan, tetapi tidak cukup untuk membeli motosikal.

Syarikat Akhom Charoen Honda Motorcycles Chon Buri telah memuat naik gambar kakitangan mereka sedang mengira syiling di Facebook.

“Teka berapa jumlah duit syiling yang ada. Pelanggan kami menyatakan bahawa dia menyimpan wang setiap hari untuk membeli PCX160 secara tunai! Cemerlang! dan kami seronok mengiranya.”

Bawa Duit Syiling RM12K Beli Motor
Gambar : Thaiger

Salah seorang pekerja di kedai itu, Suwanna, menyatakan bahawa terdapat seorang pelanggan menelefon kedai itu dan bertanyakan sama ada kedai kami menerima bayaran dengan syiling atau tidak.

Pihak kami bersetuju untuk menerima bayaran menggunakan syiling lalu pelanggan tersebut masuk ke dalam kedai dan memilih model Honda PCX160.

Difahamkan, kakitangan hanya mengambil masa 20 minit untuk mengira dua kotak yang penuh dengan syiling kerana pelanggan telah mengasingkannya ke dalam beg berjumlah 100 baht (RM 12.18).

Menurut Suwanna, sebelum ini terdapat seorang pelanggan telah membayar deposit sebanyak 1,500 baht (RM182.75) dengan syiling.

Pihak kami mengalu-alukan semua pelanggan dan kakitangan gembira mengira syiling tanpa caj tambahan, tambah Suwanna.


Sumber : The Thaiger

Anis Annisa