Siakap Keli
Kredit TikTok

Tujuh Wanita Sakan Menari ‘Ghaib’ Ditelan Bumi

Tujuh Wanita Sakan Menari ‘Ghaib’ Ditelan Bumi

Satu majlis menyambut hari jadi di Brazil bertukar tragedi apabila lubang besar muncul secara tiba-tiba dan menelan enam orang penari yang sedang ligat menari, lapor New York Post.

“Kami sedang menari betul-betul di atas lubang itu muncul dan kami telah terjatuh ke dalamnya,” kata salah seorang mangsa.

Kejadian pelik itu berlaku ketika dia dan rakan-rakannya meraikan hari lahir seorang kawan di rumah neneknya di bandar Alagoinhas, Brazil.

Wanita itu dan rakan-rakannya dikatakan sedang rancak menari mengikut rentak lagu popular Portugis sebelum lubang itu mula muncul di bawah kaki mereka.

Sebelum mereka sempat bertindak balas, lubang jerlus itu telah menelan dia dan enam lagi wanita yang lain.

@cosmedamianfabbredzaval0

♬ Gol de gênio – Vários Artistas

Video yang dirakam oleh anak wanita itu menunjukkan pada awalnya mereka menari seperti biasa dengan melompat-lompat dalam bulatan.

Secara tiba-tiba, lubang benam itu muncul tepat di bawah mereka dan menelan kesemua penari tersebut.

Penonton yang melihat kejadian itu terkejut melihat fenomena tersebut yang seperti dalam adegan filem bencana.

Mujur kesemua mangsa terselamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan yang teruk, hanya luka-luka kecil dan lebam.

Kredit New York Post

Kejadian itu dikatakan aneh kerana keluarga itu sudah beberapa kali mengadakan acara di lokasi yang sama tanpa mengalami sebarang kejadian buruk.

Kredit New York Post

Susulan daripada itu, pekerja dikatakan akan membaiki lubang yang luas itu supaya tidak akan merosakkan majlis keluarga yang seterusnya.

Sumber: New York Post

Baca: “Rugi Ni Bang,” Penuh Satu Troli, Tiba-tiba “Cashier” Mydin Kata Tak Baloi Bayar Macam Ni

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.