Siakap Keli

Bagi Alasan Sakit Elak Disiasat Kes Rasuah, Ahli Politik Papua Dakwa Hidap Sakit Jantung, Kencing Manis & 4 Kali Strok

Bagi Alasan Sakit Elak Disiasat Kes Rasuah, Ahli Politik Papua Dakwa Hidap Sakit Jantung, Kencing Manis & 4 Kali Strok

Seorang ahli politik dari Papua akan dipanggil buat kali ketiga Komisi Pemberantasan Korupsi (KPK) Indonesia selepas gagal hadir buat kali kedua berturut-turut berhubung siasatan kes rasuah.

KPK sebelum ini menyiasat kes rasuah Pemerintah Provinsi Papua (Pemprov) pada 26 September lalu, dimana dia adalah merupakan individu yang disiasat. Ahli politik Parti Demokrat itu sebelum ini dipanggil untuk hadir di hadapan penyiasat di Polis Wilayah Papua pada 12 September lalu, namun dia tidak hadir.

“Saman dan pemeriksaan terhadap ahli politik itu dibuat pada tahun 2013 hingga 2018 dan 2018 hingga 2023 dalam kes suapan berkaitan projek dari Anggaran Pendapatan dan Belanja Kabupaten Papua,” kata jurucakap KPK kepada wartawan.

Kes ini telah mendapat perhatian Presiden Joko Widodo dan dia meminta agar ahli politik itu menghormati gesaan KPK itu. Jokowi turut mengingatkan bahawa setiap orang mempunyai kedudukan yang sama di sisi undang-undang.

“Saya rasa semua proses dilakukan KPK harus dihormati. Semua sama di sisi undang-undang,” kata Jokowi di Pangkalan Udara Halim Perdanakusuma.

Bagaimanapun, dia gagal menghandirkan diri dan menghantar peguam sebagai wakil.

Peguamnya, Stefanu Roy Rening, memberitahu bahawa gabenor itu sedang sakit dan pernah diserang strok empat kali, gangguan jantung, buah pinggang, diabetes, dan darah tinggi.

“Kami juga ingin memaklumkan kepada Presiden Jokowi, anak guam kami sedang sakit dan bagaimana kita sedang mencari jalan penyelesaian supaya penyakit itu sembuh dan meneruskan ke peringkat siasatan,” kata Stefanus kepada sidang media di Papua.

Sebelum ini, ahli politik itu dikatakan telah memohon kebenaran untuk mendapatkan rawatan di Singapura, namun KPK mengarahkannya untuk hadir di ibu pejabat mereka di Jakarta bagi disoal siasat selain penilaian secara terus terhadap keadaan kesihatannya akan dilakukan pasukan doktor bebas daripada Persatuan Perubatan Indonesia (IDI).

Sumber: Kompas.com

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka