Siakap Keli
Kredit Football Association of Malaysia/Facebook

Kelayakan Piala Asia B-17: Malaysia Jinakkan Palestin 4-0

Malaysia tewaskan Palestin dalam kelayakan Piala Asia B-17 2023

Skuad B-17 kebangsaan berjaya menumpaskan pasukan Palestin dalam perlawanan kumpulan B bagi kelayakan Piala Asia B-17 2023 dengan jaringan 4-0 sebentar tadi.

Gol pertama pasukan Malaysia disumbangkan oleh Anjasmirza pada minit ke 50 separuh masa kedua. Manakala Faris Danish menyumbang gol kedua pada minit ke 68.

Menjelang minit ke 74 perlawanan, skuad kebangsaan sekali lagi berjaya menjaringkan gol menerusi Arami Wafiy.

Ketika perlawanan semakin menghampiri wisel penamat, Zainurhakimi Zain berjaya menjaringkan gol pada minit ke-87, sekaligus mengukuhkan lagi kedudukan pasukan negara.

Untuk makluman, skuad B-17 kebangsaan telah diundi ke dalam Kumpulan B bersama empat lagi pasukan lain iaitu pasukan seteru Indonesia sebagai tuan rumah, Palestin, Guam dan UAE.

Perlawanan seterusnya Malaysia bakal berjumpa dengan pasukan Guam pada 5 Oktober ini. 10 juara kumpulan dan lima naib juara terbaik akan layak ke Piala Asia B-17 2023.

Sumber: Football Association of Malaysia/Facebook, Football Association of Malasyia

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka