Siakap Keli
bot terbalik bangladesh
Gambar: Wallpaper Flash

25 Maut, Bot Dinaiki Dalam Perjalanan Ke Kuil Terbalik

Seramai 25 individu dilapor terbunuh dan lebih sedozen hilang selepas sebuah bot dinaiki mereka dalam perjalanan ke kuil untuk meraikan perayaan Mahalaya terbalik dalam kejadian di Bangladesh baru-baru ini.

Lapor Independent, Pentadbir Daerah Panchagarh Utara Jahurul Islam berkata 12 mayat wanita dan lapan kanak-kanak telah ditemui setakat ini.

“Operasi menyelamat bagi mereka yang hilang sedang dijalankan,” katanya seperti yang dilapor Independent.

Difahamkan, kebiasaannya bot itu dibawa ke kuil untuk merayakan perayaan Mahalaya yang memberi penghormatan kepada nenek moyang berdasarkan kepercayaan mereka.

Sementara itu, jurucakap polis Sujor Kumar Roy berkata semasa bot itu karam, ada beberapa penumpang yang berjaya menyelamatkan diri dengan berenang ke darat atau diselamatkan namun kira-kira 20 orang dilaporkan masih hilang.

Menurutnya tragedi tersebut berlaku apabila bot membawa kira-kira 70 penumpang itu terbalik berhampiran Awalia Ghat sekitar jam 1.30 tengah hari ketika dalam perjalanan menuju ke kuil Hindu Bodeshari.

Kemalangan ‘biasa’ berlaku

Namun, dipercayai kemalangan ini bukan tragedi yang pertama berkaitan bot di Bangladesh.

Pada Mac 2022, pihak bomba menjumpai enam mayat selepas sebuah kapal kargo melanggar feri yang membawa berpuluh-puluh orang di sepanjang sungai di luar ibu negara Bangladesh.

Selain itu, dalam kejadian pada tahun 2021, sebuah bot yang membawa lebih 100 orang penumpang turut dilaporkan karam selepas berlaku pelanggaran di sebuah kolam sehingga menyebabkan 21 orang maut dan 50 orang hilang di tempat kejadian.

Perkara sedemikian merupakan perkara biasa ekoran negara Bangladesh merupakan negara delta di mana pengangkutan air banyak digunakan untuk memindahkan orang dan juga barangan.

Kemalangan melibatkan kapal adalah kemalangan utama kerana difahamkan penguatkuasaan tidak mahir dan mempunyai peraturan keselamatan yang lemah.

Sumber: Independent

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana