Siakap Keli
insiden rusuhan penyokong indonesia
Gambar: Bola Okezone/Viva ID

Insiden Rusuhan Penyokong Indonesia: Angka Kematian Terus Meningkat, 127 Orang Dilapor Terkorban Setakat Ini

Insiden Rusuhan Penyokong Indonesia: Angka Kematian Terus Meningkat, 127 Orang Dilapor Terkorban Setakat Ini

Seramai 127 orang dilaporkan terbunuh manakala 180 orang lagi sedang menerima rawatan di hospital dalam satu insiden rusuhan di Stadium Kanjuruhan, Solo, Indonesia, malam tadi.

Memetik laporan Detik.com, Ketua Polis Jawa Timur di Ibu Pejabat Polis (IPD) Malang, Inspektor Jeneral Nico Afinta berkata kejadian itu berlaku sewaktu perlawanan melibatkan Arema Football Club (FC) menentang Persebaya.

“127 orang meninggal dunia, termasuk dua pegawai polis,” katanya.

127 Terkorban Rusuhan Stadium
Gambar: Bola Okezone

Hasil siasatan mendapati kejadian itu berlaku setelah penonton mula memasuki ruang padang dan bertindak mengejar pemain sewaktu mahu memasuki ruang ganti.

Tambah Nico, seramai 34 orang meninggal dunia ketika berada di dalam stadium sementara selebihnya disahkan meninggal dunia sewaktu menerima rawatan di hospital.

127 Terkorban Rusuhan Stadium
Gambar: Detik.com

“Seramai 34 orang meninggal dunia di dalam stadium manakala lain-lain disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan,” jelas Nico.

Dalam perlawanan bola sepak di stadium tersebut, pasukan Arema FC yang merupakan tuan rumah tewas 2-3 kepada pasukan pelawat selepas pengadil meniupkan wisel penamat.

Menurut Kompas TV, angka kematian meningkat kepada 129 orang selepas dua mangsa lagi dilaporkan meninggal dunia.

BACA JUGA: Roti Canai Malaysia Ranking No. 1, Dipilih Makanan Jalanan Paling Sedap Di Dunia

Sumber: Detik.com

BACA JUGA: Polis Siasat Insiden Pergaduhan Separuh Akhir Bola Sepak Lelaki Sukma

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?